Thursday, 25 October 2018

Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya


Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran Ketika Hamil

Disahkan HAMIL memang suatu keadaan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ianya sangat indah setelah disahkan positif ujian air kencing ( UPT ) namun ada juga cabaran yang dihadapi di sepanjang kehamilan.

Namun segala yang dianggap cabaran semasa hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dan juga disumbang oleh faktor nutrisi sama ada si ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang sebelum hamil atau tidak.

Kat sini kak shima kongsikan cabaran-cabaran yang biasa yang dihadapi oleh ibu hamil dan cara-cara menanganinya.


1. Kekejangan Kaki


Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 1 : Kekejangan Kaki


Ianya sering berlaku waktu malam ketika sedang nyenyak tidur. Memang sangat menyakitkan sebab kak shima pernah alaminya sewaktu hamil anak yang kedua. Biasanya disebabkan oleh :

  • Berat badan yang berlebihan
  • Kekurangan nutrisi
  • Terlalu aktif atau kurang aktif
  • Bayi dalam kandungan yang semakin membesar menekan saraf dan salur darah di kaki
Tips Untuk Mengurangan Kekejangan Kaki :
  • Alaskan kaki atas bantal
  • Buat regangan , gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki 
  • Pastikan anda minum air secukupnya untuk kekal hidrasi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi

2. Berat badan berlebihan

Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan




Berat badan yang berlebihan semasa hamil antara perkara yang biasa berlaku sebab ibu sering berfikir yang dia perlu makan 2 kali ganda berbanding sebelumnya. Secara amnya , ibu hamil tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 300 kalori tambahan setiap hari untuk 3 bulan terakhir.

Tips Untuk Atasi Berat Badan Berlebihan

  • Makan hidangan yang kecil tetapi kerap
  • Pilih makanan snek yang sihat seperti buah-buahan

3. Keguguran Rambut

Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 3 : Keguguran Rambut


Sesetengah ibu hamil mengalami masalah rambut gugur mungkin disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku atau nutrisi yang tidak seimbang.

Tips atasi rambut gugur :

  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Konsisten amalkan vitamin antenatal seperti protein , zat besi , biotin , vitamin B dan vitamin C.

4. Perubahan Emosi


Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 4 : Perubahan Emosi



Adalah perkara biasa untuk merasa tertekan pada masa-masa tertentu semasa hamil. Banyak perkara yang sering bermain di fikiran. Kesihatan bayi di dalam kandungan , kedudukan kewangan , hubungan anda suami isteri , cabaran di tempat kerja dan sebagainya mempengaruhi perubahan emosi ibu hamil.

Perubahan emosi adalah disebabkan perubahan hormon , tekanan dan keletihan. Perlu diingat kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.

Tips Untuk Menangani Perubahan Emosi :
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan anda
  • Amalkan senaman yoga untuk ibu hamil
  • Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B , zat besi dan asid lemak omega - 3

5. Jisim Tulang Berkurangan


Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan


Semasa hamil , bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi  untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan terakhir. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi , bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda. Sebab inilah osteoporosis mudah didapati di kalangan wanita.

Tips Nak Elak Osteoporosis :
  • Amalkan gaya hidup yang sihat - jangan merokok dan alkohol
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan kalsium dan pembina tulang

6. Mabuk Hamil

Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya

Cabaran 6 : Mabuk Hamil


Mabuk hamil adalah antara perkara yang biasa berlaku pada awal kehamilan. Namun tahap betapa teruk mabuk hamil ini berbeza antara ibu hamil. Ianya boleh berlaku seawal kira-kira 8 minggu  kehamilan.

Ia adalah disebabkan perubahan hormon dan ianya boleh menjejaskan pemakanan anda.

Ada juga ibu hamil yang mengalami mabuk hamil yang paling teruk dipanggil hipemeresis gravidarum ( bermaksud " muntah yang berlebihan semasa mengandung " ). Jika anda muntah banyak kali dalam sehari , tidak dapat makan dan minum tanpa muntah , anda mungkin mengidap hipemeresis. Jika ianya berlarutan , segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Tips Nak Kurangkan Mabuk Hamil :

  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Jika muntah , ambil air yang secukupnya
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda


Untuk sebarang pertanyaan boleh contact kak shima yer. Hubungi kak shima di 0122043175 atau klik sini. InsyaAllah kak shima sedia membantu.



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)