Thursday, 17 March 2022

7 Cara Kurangkan Kolesterol Jahat Dalam Darah

7 Cara Kurangkan Kolesterol Tinggi Dalam Darah

7 Cara Kurangkan Kolesterol Jahat Dalam Darah | Masalah kolesterol jahat tinggi dalam darah boleh dielakkan dengan pelbagai cara.

Apa itu KOLESTEROL?

Tahukah anda kolesterol sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Ianya diperlukan oleh tubuh bagi membolehkan ianya dapat bekerja dengan baik. Kolesterol juga boleh diperolehi dari diet harian kita.

Kolesterol tinggi biasanya diukur bila paras kolesterol jahat atau LDL tingi melebihi dari yang disyorkan oleh pakar perubatan.

Paras kolesterol jahat atau LDL yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Jadi tidak hairanlah mengapa sekarang ini ramai orang muda kena serangan jantung walaupun usia baru 20an.

Cara Kurangkan Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah

Jom kita tengok cara kurangkan kolesterol jahat dalam darah

1. Makan secara sihat

  • Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Pengambilan lemak tepu berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat atau LDL
  • Contoh lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak
  • Contoh lemak trans ialah marjerin , makanan sejuk beku , makanan segera , makanan bergoreng dan produk bakeri.
  • Pengambilan organ dalaman perlu dielakkan
2. Tingkatkan pengambilan serat
  • Serat seperti buah dan sayur-sayuran tinggi antioksidan yang boleh bantu menurunkan paras kolesterol
3. Tambah makanan omega 3
  • Omega 3 sangat berkesan dalam mengawal LDL dalam darah.
  • Ada kajian yang menunjukkan omega 3 dapat mengurangkan kolesterol jahat atau LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Ia banyak ditemui dalam makanan laut contohnya ikan salmon, ikan sardin , ikan hering dan ikan tuna laut dalam
Baca : 


4. Senaman
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan sehingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit , 2-3 kali seminggu.
  • Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan ialah berjalan laju, jogging, berenang dan berbasikal.
5. Kekalkan berat badan ideal
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko untuk didiagnosis sebagai pengidap hiperglisimia ( kolesterol tinggi )
  • Amalkan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal dalam usaha turunkan berat badan.
  • Beri tumpuan untuk kurangkan lemak di perut
6. Berhenti dari merokok
  • Kajian menunjukkan bahawa merokok terbukti meningkatkan kolesterol LDL, menurunkan HDL dan mengurangkan keupayaan tubuh dalam mengangkut kolesterol ke hati sama ada untuk disimpan atau dikumuhkan dari tubuh kita.
  • Berhenti merokok boleh terbalikkan kesan ini.
7. Cuba supplemen
  • Melalui kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa minyak ikan yang kaya dengan omega 3  boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah dan menggalakkan kesihatan jantung.
  • Supplemen lain yang disyorkan adalah koenzim Q10 di mana ianya boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah. 
  • Kajian dilakukan ke atas pengidap sakit jantung di mana supplemen koenzim Q10 meningkatkan profil lipid mereka dengan mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Baca :



Paras kolesterol yang tinggi dalam darah boleh jadi penyumbang ( trigger ) kepada penyakit komorbid yang lain seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu mencegah dari penyakit ini.


2 comments:

  1. Thanks for the tips. I will try my best to follow them all.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.