Bahaya Membeli Supplement Dari Lazada / Shopee


Tahukah anda sekarang ini terdapat lambakan supplemen tiruan yang dijual secara online? Bahaya tak supplemen-supplemen ini? Jom kita tengok video ini :)





Menurut Malaysian Dietary Supplement Association ( MDSA ), mereka telah memberi amaran keras kepada pengguna tentang betapa bahayanya membeli supplemen tiruan secara online tanpa melalui pengedarnya yang sah. Malah mereka juga telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) mengenai keburukannya kepada pengguna produk tiruan ini dalam jangka masa yang panjang.

Sebenarnya, hal ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Amazon.com ,platform jualan online di luar negara telah bertindak tegas dengan membuang semua penjual supplemen yang tidak sah di website mereka dan mewajibkan kepada semua pembeli mereka membeli produk supplemen terus dari syarikat atau pengedar yang sah.

Untuk pengetahuan semua, hanya terdapat 28 syarikat berdaftar dengan MDSA termasuklah Shaklee. Boleh semak dengan klik link ini https://madsa.org.my/members-listing/

Marilah kita menjadi pengguna yang bijak. Tidak berbaloi kita memperjudikan kesihatan kita hanya kerana omong-omong kosong produk tiruan :)

Post a Comment

0 Comments