Permohonan dalam talian i-Sinar telah dibuka mulai hari ini 21 Disember 2020 membolehkan mereka yang layak mengemukakan borang permohonan.
Untuk makluman semua, i-Sinar merupakan kemudahan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Seramai 8 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) terlibat dalam program ini.
Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP |
Siapa Yang Layak Memohon ?
Ada 2 kategori pekerja yang layak memohon iaitu Kategori 1 & Kategori 2
Kategori 1
- Ahli yang sudah lama tidak mencarum, surirumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua ( 2 ) bulan berturut-turut atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30%
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Permohonan boleh dibuat mulai hari ini
Kategori 2
- Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas ( jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa ) sejak 1 Mac 2020
- Dokumen sokongan diperlukan.
- KWSP memerlukan dokumen sokongan ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa
- Jika tiada, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan
- Permohonan boleh dibuat mulai 11 Januari 2021
- Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun
- Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP
- Pastikan akaun bank milik anda aktif
Jumlah Amaun Yang Boleh Di Keluarkan
- Pengeluaran i-Sinar adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini
- Ahli yang mempunyai RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
- Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 ( yang mana lebih rendah ) daripada Akaun 1
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000
Cara Membuat Permohonan i-Sinar KWSP
- Log masuk ke https://isinar.kwsp.gov.my
Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP |
- Isikan butiran diri
Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP |
- No OTP akan diperlukan. Pastikan no telefon bimbit telah didaftar dengan KWSP.
- Sekiranya no telefon betul, akan terus terpampang jumlah keseluruhan yang boleh anda keluarkan mengikut data KWSP
- Anda boleh memilih berapa jumlah yang ingin anda perolehi pada bulan pertama sehingga ke bulan terakhir ( bulan keenam ).Sistem i-Sinar akan tentukan berdasarkan apa yang telah masukkan pada bulan pertama .
- Setelah buat pilihan, seterusnya pembayaran akan dibuat ke akaun persendirian anda sebagaimana yang telah didaftarkan.
Nota : kak shima tak layak untuk mohon i-Sinar huhuhu
Semoga dengan kemudahan yang diberikan oleh KWSP ini boleh membantu kita semua dalam meneruskan hari-hari tahun 2020 dengan lebih ceria dan tabah :)
11 Comments
Semoga penerima dapat menggunakan secara berhemah duit yang dapat ni. Bukan senang nak mengumpulnya.
ReplyDeleteAamiin :)
DeleteSaya termasuk dalam kategori 1. Tapi saya tak mohon pun. Alhamdulillah, cukup makan pakai.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Biar simpan kat situ. Nanti boleh keluar bila sampai waktunya 😉
Deletehuaaa.. hopefully atie apply ni approve huhu
ReplyDeleteMoga ada rezeki atie aamiin :)
Deletekebetulan masa pkp wak dpt keje., bsyukur saja kann., ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah wak. Rezeki tu :)
Deletesemoga memberi manfaat kepada mereka yg terjejas
ReplyDeletesemoga yang layak mendapat manfaat berpanjangan dari pada pengeluaran ini, in shaa allah. kak AJ singgah sini dan follow shima :) salam ukhuwah
ReplyDeleteSemoga membantu mereka yang sangat memerlukan..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)