Cara Buat Passport Untuk Kanak-Kanak Bawah 13 tahun

Cara Buat Passport Untuk Kanak-kanak Bawah 13 tahun | Di dalam entry ini kak shima ingin berkongsi pengalaman buat passport antarabangsa untuk anak-anak dan en suami di Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ) Selangor (di Kompleks PKNS Shah Alam ).

Cara Buat Passport Untuk Kanak-Kanak Bawah 13tahun

Dua minggu sebelum ini pernah cuba juga buat passport di UTC Selangor Di Anggerik Mall. Disebabkan tidak tahu situasi di JIM, kitaorang sampai di sana dalam pukul 8.15pagi. Memang ramai orang dan barisan panjang macam ' ular kena palu ' ahaks. Bila tanya staf JIM, dia bagitau no giliran dah habis dan siapa yang tidak dapat nombor, boleh datang lain kali huhuhu.

Jadi hari Ahad lepas 17/9/2023 , kitaorang semua ke JIM Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam. Pagi-pagi sesudah subuh dah kejutkan anak-anak untuk bersiap. Kali ini memang kena gerak awal dari rumah sebab tak mahu 'pisang berbuah  dua kali' hehehe

Cara Buat Passport Untuk Kanak-Kanak Bawah 18tahun

Alhamdulillah ketika kami sampai di Kompleks PKNS dalam pukul 7.10 pagi, tak ramai lagi orang yang beratur untuk buat passport. Kaunter JIM dibuka awal sebelum pukul 8.00 pagi dan kami dapat nombor 1009,1010 dan 1011. Psst kak shima dah renew passport online masa kat UTC Selangor . Jadi hari ini datang untuk ambil passport yang dah siap je. Tak perlu nombor giliran. Nanti staf JIM akan panggil nama.

Cara Renew Passport Online

  • Nak mudah, ambil gambar di kedai gambar. Kak shima ambil gambar di kedai gambar berhadapan opis JIM UTC Selangor.
  • Kedai ini pun buat renew passport online jadi submit terus lepas ambil gambar
  • Esoknya dapat email mengatakan permohonan LULUS dan ambil passport di JIM Shah Alam dalam tempoh 90 hari
  • Print email ini dan bawa bersama passport lama. Jangan lupa bawa bukti slip bayaran.
Cara Renew Passport Kanak-kanak Bawah 13 tahun

Untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, memang wajib buat di opis JIM. Tak boleh buat dan renew online. Kanak-kanak perlu hadir bersama semasa buat passport sebab perlu turunkan cop ibu jari di passport yang dah siap nanti. Berpakaian gelap dan bagi kanak-kanak perempuan, boleh pakai terus tudung hitam atau biru gelap dari rumah. Mudah nanti jenuh pulak nak tukar tudung masa nak ambil gambar.

Dokumen yang diperlukan :
  • Sijil Lahir original
  • 1 salinan Sijil Lahir
  • Kad Pengenalan bapa / ibu original ( salah seorang yang akan concern passport anak )
  • 1 salinan Kad Pengenalan bapa

Lama tak buat passport di JIM Shah Alam?

Rasanya tidak ambil masa yang lama. Dalam kes anak-anak kak shima, kitaorang tak tahu perlu bawa sekali salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan bapa. Jadi jenuh juga nak cari tempat untuk fotostat dua-dua ini. Biasa hujung minggu kan banyak kedai yang buka lambat. Last-last kitaorang pergi kedai buku MRKB yang terletak di seksyen 19.

Bila patah balik ke opis JIM , sampai sana dalam pukul 9.45pagi. Nasib baik pegawai JIM yang jaga kaunter baik hati proceed permohonan nak buat passport anak-anak walaupun nombor kitaorang dah lepas hehehe.

Ada 3 kaunter yang perlu korang pergi.

Kaunter 1- submit permohonan 
  • Di kaunter ini, untuk renew passport anak-anak, perlu bawa passport lama bersama dengan dokumen yang diperlukan
  • Ambil gambar berukuran passport di kaunter ini
Kaunter 2 - buat bayaran
  • untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah - RM 100
  • untuk dewasa 13 tahun -59 tahun - RM 200
  • untuk warga emas pula 60 tahun ke atas - RM 100
  • dapatkan resit bayaran
Kaunter 3 - serahan passport
  • tunjuk bukti bayaran
  • imbas jari kiri dan jari kanan
  • anak-anak perlu turunkan cap jari di dokumen pengesahan serahan passport
  • manakala bapa sebagai penjaga perlu turunkan tandatangan pada dokumen yang sama
  • terima passport baru manakala passport lama akan digunting oleh pihak JIM dan dikembalikan semula pada pemohon.

Alhamdulillah dalam pukul 11.20 pagi dah settle semua urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor. Untuk korang yang nak buat passport anak-anak, boleh buat kat sini. Tak ramai orang dan cepat jugak. Moga entri ini dapat membantu semua :)



Post a Comment

2 Comments

  1. Dekat saya ni ada tempat yang buat servis buat passport, datang ke JIM collect passport saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak ada yang buat servis camni. memudahkan orang lain :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)