7 TIPS KEKAL KURUS RAYA DI HARI RAYA

7 TIPS KEKAL KURUS RAYA DI HARI RAYA

7 TIPS KEKAL KURUS RAYA DI HARI RAYA



Raya dah dekat. Di sini, kak shima berikan beberapa tips untuk kekal kurus walaupun seronok berhari raya.

TIPS KEKAL KURUS DI HARI RAYA

1. Banyakkan minum air kosong

Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.

2. Makan sedikit sebelum keluar beraya

Alas perut dengan sarapan yang sihat dengan mengambil protein, karbohidrat, buah dan sayur untuk kawal nafsu.

3. Makan dalam pinggan yang kecil

Ini dapat mengelakkan kita dari mengambil makanan yang berlebihan.

4. Berhenti sebelum kenyang

Masalah kebanyakan orang adalah mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala nak bernafas pun sukar. Elakkan dari amalkan amalan ini.

5. Makan secara perlahan

Latih diri untuk makan secara perlahan sambil menikmati makanan. Secara tidak langsung, ianya baik untuk sistem penghadaman kita.

6. Makan buah - buahan

Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan berkarbohidrat tinggi.

7.Puasa 6

Ya.. ini tips paling best sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar.

Moga bermanfaat untuk semua. Yang penting amalkan diet dan gaya hidup yang sihat.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kak shima


Post a Comment

0 Comments