Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘


Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘

 Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘

Musim cuti sekolah ramai ibubapa yang merancang untuk khatankan anak masing-masing. Kak shima dan suami tidak terkecuali. Kami mengambil keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab mengkhatankan anak di opis kak shima Pusat Kesihatan Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Alhamdulillah tarikh yang kami pilih jatuh hari Jumaat iaitu 30/11/2018 mengambil keberkatan penghulu segala hari.

Sebelum hari berkhatan

Kak shima dan en asben selalu bercerita dengan abang Shaamel tentang proses berkhatan. Biasa tunjuk episod upin n ipin bagi memujuk dia dan memberitahunya ianya proses yang singkat dan tidak menyakitkan

Semasa hari berkhatan

Pepagi abang shaamel memang ceria. Siap bagitau semua orang kat opis kak shima yang dia nk berkhatan pada hari tersebut.

Pagi-pagi sebelum prosedur kak shima minta dia sarapan dulu. Selepas itu nurse minta dia buang air kecil sebelum tukar seluar pakai kain pelikat.

Di opis kak shima , doktor menggunakan kaedah ' cut n stich back' untuk proses berkhatan. Ibubapa perlu menandatangani borang keizinan pembedahan sambil disaksikan oleh doktor yang bertugas.

Doktor yang bertugas adalah Doktor Nik Kamaruddin dan beliau memang menjadi pilihan ramai ibubapa sebab sikapnya yang mudah mesra dengan kanak-kanak.

Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘

Pengalaman anak bersunat : Bilik rawatan tempat prosedur bersunat dijalankan


Drama taknak berkhatan abang shaamel bermula bila dia masuk bilik rawatan. Muka dah start takut bila disuruh naik ke katil tempat prosedur dilakukan dan mula menangis macam nk kena pukul bila doktor nak suntik ubat bius. Apa yang best mengenai Dr Nik Kamaruddin beliau akan menenangkan pesakit terlebih dahulu dengan mengalihkan perhatian pesakit.

Proses berkhatan mengambil masa lebih kurang sejam . Semasa proses, kak shima dan en asben banyak melayan abang shaamel berbual sebab nak tarik perhatian dia. Buka you tube dengar zikir Hafiz Hamidun yang dia suka dengar, tanya apa dia nak selepas selamat bersunat nnti. Haa time nie memang macam-macam request keluar dari mulut dia hahaha.

Selepas berkhatan


Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘

Pengalaman anak bersunat : Tersenyum sebab ada ubat bius lagi


Pesakit akan ditempatkan di wad sementara kerana doktor nak monitor dulu. Pesakit perlu buang air kencing terlebih dahulu sebelum dibenarkan balik rumah. Alhamdulillah dalam pukul 11 pagi abang shaamel dibenarkan balik setelah doktor mendapati proses berkhatan berjalan dengan baik

Bekalan semasa discharge.Nurse akan bekalkan ubatan untuk cuci luka berkhatan

  • Normal Saline 
  • Gauze
  • Cotton
Nurse akan ajar ibubapa cara cuci luka sebelum balik. Oh yea! Nurse juga akan bagi lebihan kulit yang dipotong untuk ditanam di rumah.

Selepas bersunat

Hari 1 - 3
Hari pertama memang agak hectic sikit. Abang shaamel mula meragam rasa sakit bila ubat bius hilang. Menangis bila orang tanya tempat sunat. Malamnya kitaorang tak boleh tidur sebab dia menangis sakit. Dia pulak payah sangat nak makan ubat. Selepas puas dipujuk , barulah dia nak makan ubat tahan sakit dan baru boleh tidur.

3 hari pertama memang tidak boleh nak cuci luka sunat. Jenuh dipujuk memang dia tak bagi orang usik luka bersunat tu.
Risau jugak luka itu tidak dibersihkan. Takut infection nanti demam pulak. Alhamdulillah dia tak demam sampailah hari ini hari ke 9 dia bersunat.

Hari 4 - 8
Hari ke 4 baru dia nak mandi. Sebelum ini lap2 je badan dia. Disebabkan luka sunat itu nampak macam ok , kak shima suruh dia berendam lama sikit sebab nak bagi darah beku di tempat sunat itu hilang. Selepas mandi , kak shima keringkan tempat sunat guna hair dryer.

Abang shaamel hari ke 7 baru berani pakai seluar dan g main dengan kawan-kawan walaupun dia still pegang seluar tu 😅😅

Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘

Pengalaman anak bersunat : Dah start main dengan kawan-kawan


Pantang makan tak?
Pantang jugak. Ayam, telur n seafood memang kak shima tak bagi. Takut dia tak tahan n gatal-gatal nanti. Buah-buahan yang kaya Vitamin C memang buat stok sebab Vitamin C bantu cepatkan proses pemulihan luka.

Supplemen Shaklee

Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘😘

Pengalaman anak bersunat : Chewable Vitamin C Shaklee


Dari dalam wad sementara lagi kak shima suruh dia ambil Vitamin C Chewable 100mg Shaklee. Hari pertama memang kak shima doublekan dos Vitamin C nih. 4 biji tuk sehari tu. Dan hari-hari seterusnya ambil 1 biji pagi n malam.

Pengalaman anak bersunat : Abang Shaamel dah besar 😘😘

Pengalaman anak bersunat : Ambil Vitamin C Chewable setiap hari
     

Alhamdulillah abang shaamel dah besar. Boleh selalu solat di surau pasni 😘😘

Terima kasih pada yang sudi membaca. Moga bermanfaat untuk semua.






Post a Comment

2 Comments

  1. Amboii abang shaamel. Bukan kemain 7 hari dah keluar nak main 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha panas bontot dia tengok kawan2 main 😝

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)