Ada banyak faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu. Paling penting adalah kenalpasti punca dan selepas itu cara mengatasinya akan lebih mudah.
Untuk memperbanyak susu ibu, ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu :
1. Bertenang Jangan Panik
Ramai yang tidak sedar bahawa tekanan boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu. Cuba amalkan zikir atau dengar alunan ayat-ayat al-quran boleh membuat anda bertenang semasa anda memerah susu. Bila anda bertenang, tindak balas akan meneutralkan hormon dan membantu dalam penghasilan susu.
2. Kerap Direct Feeding Anak
Semasa bersama dengan anak, kerapkan direct feeding anak. Ini akan merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan lebih banyak susu memenuhi permintaan
3. Perah Susu
Ibu bekerjaya perlu ada jadual memerah yang ringkas agar dapat memerah susu secara berterusan di tempat kerja. Susu yang dihasilkan boleh dibuat stok untuk diberi kepada pengasuh seterusnya membantu penghasilan susu.
4. Kerap Kosongkan Payu Dara
Susukan anak dengan kerap mengikut kehendaknya.
5. Ambil Penggalak Susu
Boleh amalkan makanan penggalak susu seperti kurma, barli, oatmil, badam. Boleh juga ambil supplemen yang telah terbukti membantu ramai ' breastfeeding mum '.
Baca : Set Menyusu Shaklee
6. Teknik Lekapan Yang Betul
Lekapan yang betul boleh membantu anak merasa selesa semasa penyusuan. Pastikan keseluruhan aerola masuk ke dalam mulut anak.
7. Elak Susu Formula
Elak beri susu formula kepada anak menggunakan botol. Ini adalah untuk elak anak rasa selesa dan mudah minum susu formula.
8. Banyak Minum Air Kosong
Ini antara petua paling penting dan wajib diamalkan oleh para ibu. Bila minum banyak air, pasti badan lebih mudah untuk menghasilkan susu ibu dalam kuantiti yang diperlukan.
9. Rehat Secukupnya
Ibu yang dapat rehat yang cukup, minda yang tenang dan sentiasa berfikiran positif juga dapat membantu dalam penyusuan.
Ini adalah antara tips yang boleh dikongsikan untuk membantu dalam menambah susu ibu. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda dalam usaha untuk menyusukan bayi anak sehingga umur 2 tahun.
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)