Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran


Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran


Kita selalu disajikan kebaikan kolagen setiap kali menonton iklan kolagen di media sosial. Tidak dinafikan pelbagai jenama yang berada di pasaran. Namun kita sebagai pengguna sering tertanya-tanya yang mana satu yang sesuai dan terbaik untuk diamalkan seterusnya selamat digunakan untuk jangka masa panjang.

Fakta Kolagen

  • Perkataan ' Collagen ' sebenarnya berasal dari perkataan Greek iaitu 'kolla' yang bermaksud gam. Ianya bukan hanya 'gam' untuk buat kulit tegang malah ia juga lekatkan sel-sel seluruh badan kita.
  • Ianya adalah struktur protein yang diperbuat dari asid amino.
  • Kolagen semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia kita.Ianya boleh dilihat pada kulit yang ada garis halus dan dirasa pada sendi-sendi yang mula sakit @ sengal



Di sini kak shima kongsikan Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran untuk makluman korang.


Tips 1 : Jenis Kolagen

Terdapat 21 jenis kolagen yang wujud dan kebiasaannya Jenis l,ll dan lll digunakan di dalam produk kecantikan.

Menurut kajian bebas dari Kyoto Perfectural University, pengambilan kolagen Jenis l terbukti berkesan dalam membaiki struktur kulit secara keseluruhan


Yang paling best, kolagen Jenis l boleh menjadikan kulit kita mulus dan gebu macam bayi.

  • Kolagen Jenis l menyumbangkan 90% kolagen untuk badan membina kulit, tendon, ligamen, organ dan tulang.


Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran
Jenis-jenis Kolagen Di Pasaran


Tips 2 : Kadar Penyerapan Kolagen

Bila nak ambil supplemen kolagen , perlu ambil kira berat setiap molekul kolagen. 

Untuk tahu sama ada kolagen itu sesuai atau tidak untuk kulit kita, ianya ditentukan oleh berat setiap molekul kolagen yang diwaklili oleh unit Dalton. Kebiasaannya , produk kecantikan menggunakan 3,000 hingga 5,000 Dalton kolagen di dalam produk mereka.

Lagi kecil berat molekul kolagen lagi mudah ianya dihadam, diserap dan dihantar ke lapisan bawah kulit yang dipanggil dermis.

Tips 3 : Lagi Dalam, Lagi Bagus

Ianya bermakna korang perlu memilih sumber kolagen dari ikan laut dalam seperti ikan merah kerana ia mempunyai kebolehan menahan tekanan yang tinggi di dasar laut sekaligus menjadikan ianya tahan lasak dan diakui pakar sumber kolagen yang berkualiti



Tips 4 : Bahan Yang Diperkaya

Kualiti kolagen itu bertambah baik apabila ianya bergabung dengan nutrisi yang lain menjadikan keberkesanannya lebih tip-top
  • Pilih kolagen dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan dapat menghalang kesan akibat radikal bebas
  • Pilih kolagen dengan Vitamin B seperti B2 dan B6 untuk menyokong metabolisme tenaga. Ia diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Ok korang. Pastikan korang semak dulu kolagen yang ada ciri-ciri seperti di atas sebelum beli.

Shaklee juga ada produk kolagen iaitu Collagen Plus Powder dan ianya berpadanan dengan  ciri-ciri di atas

Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran
Tips Pemilihan Kolagen Yang Baik Di Pasaran


Keistimewaan Collagen Plus Powder Shaklee
  • Sumber Berkualiti Tinggi - Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.
  • Penyerapan yang hebat - Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.
  • Bahan-bahan yang diperkaya -  Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.
  • Mudah dalam pek: Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Kebaikan Collagen Plus Powder



  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • Melembapkan dan membekalkan nutrien kepada kulit dari dalam supaya lebih cerah, berseri.
  • Memudarkan pigmentasi dan meratakan tona kulit.
  • Menggalakkan penghasilan kuku yang lebih kuat, lebih tebal, dan rambut lebih berkilau.
  • Membantu menegangkan kulit kendur untuk bentuk badan yang lebih menarik dan kelihatan lebih sihat.
  • Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Collagen Plus Powder Shaklee atau produk Shaklee yang lain?  Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 atau klik saja ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini yea :)







Post a Comment

3 Comments

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)