Sumber Makanan Tinggi Omega - 3




Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3

Asid lemak omega 3 antara lemak yang diperlukan oleh tubuh kita namun ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh kita. Ianya perlu diambil dari sumber luar bagi membolehkan tubuh kita berfungsi dengan baik.

Pakar kesihatan mencadangkan mengesyorkan minimum pengambilan 250-500mg omega 3 sehari bagi orang dewasa yang sihat.

Di sini kak shima mencadangkan Sumber Makanan Tinggi Omega 3 yang boleh kita amalkan dalam diet harian kita.

1. Ikan Salmon

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Ikan Salmon

Ikan salmon antara makanan yang mengandungi peling banyak omega - 3. Bagi setiap 200g ikan salmon ada 4,023mg omega - 3 di dalamnya.

Ia juga kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin D, vitamin B, magnesium, kalium dan selenium. 


2. Ikan Herring ( Ikan Parang )

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Ikan Herring ( Ikan Parang )

Ikan herring adalah antara ikan yang biasa didapati dalam menu masakan di benua Eropah. Ianya biasa dipanggang dan dijadikan saraapn di negara-negara seperti England.

Di dalam industri makanan, ikan herring biasanya diproses secara jeruk atau dimasak, kemudian dijual sebagai makanan dalam tin

Kandungan omega-3 bagi ikan herring adalah 4,023mg bagi setiap 200g hidangan.

3. Ikan Sardin

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Ikan Sardin

Ikan sardin antara ikan yang mudah didapati dan murah di pasaran Malaysia.

Kalau korang nak tau, ikan sardin juga kaya dengan Omega-3, EPA dan juga DHA yang bagus sangat untuk ibu hamil dan kanak-kanak. ketiga-tiga nutrisi ini penting dalam membantu perkembangan minda bayi dan kanak-kanak.

Bukan tu je, kalau kita makan ikan sardin sekali dengan tulangnya, kita boleh dapat kalsium, vitamin D dan fosforus  dari ikan sardin tu sendiri.

Kandungan omega-3 bagi ikan sardin adalah 2,205mg setiap 200g hidangan.





4. Tiram

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Tiram

Tiram biasanya jadi makanan pembuka selera ataupun makanan ringan. Ianya antara makanan yang mengandungi lebih banyak zink berbanding sumber makanan lain.

Kandungan omega-3nya adalah 565mg bagi setiap 6 ekor tiram.

5. Flax Seeds

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Flax Seeds

Flax Seeds adalah biji coklat atau kuning kecil. Biji-bijian ini kaya dengan asid alpha-linolenic omega-3 (ALA ) membuatkan minyak Flax Seeds sering digunakan sebagai supplemen omega-3.

6. Chia Seeds
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Chia Seeds

Chia Seed merupakan biji-bijian yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Ia juga penuh dengan mangan, kalsium, fosforus dan juga nutrien lain.

Kandungan omega-3 bagi chia seeds adalah 4,915mg setiap 28g hidangan


7. Kacang Walnut

Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Kacang Walnut

Walnut adalah kacang yang popular dengan sumber terbaik asid lemak omega-3 dan alpha-linolec acid ( ALA ). Ia dipercayai dapat memperbaiki beberapa faktor risiko penyakit jantung. Ini mungkin kerana kandungan ALA yang tinggi dan nutrisi lain.

Semasa memakannya, pastikan korang tidak mengupas kulit coklatnya ( ianya lembut dan boleh dimakan ) kerana sebahagian besar antioksidan phenol walnut yang banyak manfaat pada kesihatan, berada di situ.

Kandungan omega-3 bagi walnut adalah 2,542mg bagi setiap hidangan.


8. Kacang Soya


Sumber Makanan Tinggi Omega - 3
Sumber Makanan Tinggi Omega - 3 - Kacang Soya

Kacang soya antara sumber makanan yang kaya dengan protein dan serat. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100mg kacang soya, 11 kali ganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. 

Kandungan omega-3 bagi kacang soya adalah 1,241mg bagi setiap 86g hidangan.

Sebenarnya kita mudah nak dapatkan khasiat omega-3 dari makanan. Omega-3 memainkan banyak peranan penting kepada tubuh kita misalnya meningkatkan sistem imun, memerangi keradangan, bantu atasi Alzheimer dan juga kanser.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mampu untuk dapatkan nutrien omega-3 ini dari makanan.  Omega Guard dari Shaklee boleh dijadikan alternatif bagi melengkapkan keperluan seharian omega-3 korang .





Boleh hubungi kak shima di 012-2043175 untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau boleh klik ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini :)


Post a Comment

2 Comments

  1. Omega ni memang best👍

    Gee ada tag akk utk segmen ni
    👇
    http://www.zianaeunos.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru.html?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)