Kenali Punca Serangan Sakit Jantung Dan Cara Mengatasinya





Kelmarin kita dikejutkan dengan pemergian aktor Ashraf Sinclair akibat serangan sakit jantung. Ianya  berita yang mengejutkan semua kerana beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan kesihatan, selalu pergi gym malah pernah melakonkan iklan biskut untuk diet bersama isterinya Bunga Cinta Lestari.

Apa itu Serangan Sakit Jantung?

Serangan sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.



Punca Serangan Sakit Jantung
  • Penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi
  • Gaya hidup kurang sihat seperti merokok dan vaping
  • Kurang bersenam
  • Keturunan
  • Tekanan @ stress

Tips Untuk Elak Serangan Sakit Jantung

Menurut Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Mohd Kamal Mohd Arshad, serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa tidak kira umur dan jantina. Antara tips yang boleh diamalkan untuk elak serangan sakit jantung :-
  • Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap tahun terutamanya individu yang berusia 30 tahun ke atas
  • Amalkan diet sihat termasuk mengurangkan garam, gula, lemak dan makan secara bersederhana
  • Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu

Oleh itu, sayangilah jantung kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa aktif.



Post a Comment

3 Comments

  1. Wow! This could be one of the most useful blogs we have ever come across on Actually excellent info! I’m also an expert in this topic so I can understand your effort. System booster supplement

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk penjelasannya dik.. sakit jantung ni dalam diam je.. takut juga kalau tak dapat jaga kesihatan dengan baik.. em..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis. Sebab itu ia juga dikenali sebagai pembunuh senyap. Biasanya pesakit nampak sihat saja tapi tiba-tiba dijemput Illahi sebab penyakit ini. Moga kita semua baik-baik saja :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)