Alhamdulillah kak shima telah menerima dos pertama vaksin covid19 pada 2 Mac 2021 aritu. Seramai 40 orang staf dari opis kak shima akan diberi suntikan dos pertama vaksin pada hari tersebut. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan :
- Kumpulan 1 - temujanji 8.30pagi
- Kumpulan 2 - temujanji 10.30pagi
- Kumpulan 3 - temujanji 2.30petang
- Kumpulan 4 - temujanji 4.30petang
Temujanji pukul 10.30 pagi. Kak shima jadi orang pertama dalam department kat opis yang ambil vaksin covid19. Debor pulak rasanya hehehe. Kebetulan 2hb Mac turn bekerja di pejabat, jadi pergi ke Fakulti Perubatan UITM di Hospital Sungai Buloh dengan kawan-kawan seopis.
![]() |
Foyer Fakulti Perubatan UITM Hospital Sungai Buloh |
![]() |
Beratur sambil tunggu giliran untuk daftar |
![]() |
Pendaftaran Menggunakan Aplikasi My Sejahtera + kad pengenalan |
![]() |
Dap dup dap masa nak masuk Bilik Vaksinasi ini |
![]() |
Borang Setuju Terima Vaksin Covid19 |
Pengalaman Mengambil Suntikan Vaksin Covid19
Sebelum Mengambil Vaksin Covid19
Perasaan sebelum mengambil suntikan vaksin ini memang berdebar-debar. Al maklumlah pelbagai cerita mengenai vaksin ini. Namun sebagai usaha untuk mengelak dari wabak covid19 terus berpanjangan, ini salah satu usaha kerajaan dalam menangani wabak ini dan kak shima akur untuk turut serta mengambil vaksin ini.
Semasa Mengambil Suntikan Vaksin Covid19
Kak shima perhati je jururawat yang akan cucuk kak shima hahaha. Tengok jarum yang akan dia guna. Jarum yang panjang @ pendek. Rupanya pendek aje. Dan kak shima tak terasa sakit pun masa kena cucuk itu. Tahu dah siap kena cucuk. Siap tanya lagi jururawat tu " Eh! Dah siap ke?". Dia kata " Dah puan" sambil tersenyum.
Sebelum keluar dari bilik, jangan lupa scan barcode vaksin. Ia mengandungi batch no dan tarikh luput vaksin yang kita ambil. Oh yea! Kak shima terima dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.
Selepas Mengambil Suntikan Vaksin Covid19
Semua yang telah mengambil suntikan akan ditempatkan di satu tempat untuk jururawat monitor sebarang alahan selepas kita kena cucuk. Perlu duduk kat tempat itu sekurang-kurangnya 30 minit. Kalau takde apa2 masalah, dah boleh balik.
Selepas beberapa jam , boleh check apps My Sejahtera. Ianya akan dikemaskini yang kita telah menerima dos pertama vaksin covid19
Alhamdulillah kak shima tidak mengalami apa-apa masalah selepas ambil vaksin. Cuma bahu rasa sakit sikit 2-3 hari selepas itu. Boleh drive kereta pergi kerja. Boleh lakukan tugas harian seperti biasa. Alhamdulillah
Jom ler kita sama-sama mengambil vaksin covid19. Semoga Program Imunisasi Kebangsaan Covid19 di negara kita dapat mengawal wabak ini dan seterusnya kita dapat menjalani hari-hari mendatang seperti sebelum ini.
Lindungi diri, lindungi semua 😊
Update : Kak shima telah terima 2nd dose vaksin covid19 pada 23hb Mac 2021 di Fakulti UITM Sungai Buloh juga. Cuma side efek lepas cucuk 2nd dose ini agak beza sikit dari yang 1st dose.
Malam hari lepas kena cucuk vaksin, kak shima rasa badan seram sejuk macam nak demam. Nak bangun sediakan makan malam untuk famili pun tak larat.
Disebabkan taknak ianya melarat, kak shima ambil 2biji Vitamin C Shaklee sebelum masuk tidur. Alhamdulillah esoknya bangun pagi badan terasa segar dan boleh pergi kerja macam biasa.
33 Comments
alhamdulillah kak..akak dah selesaikan tgjawab..esok giliran sy pulak :-)
ReplyDeletealhamdulillah. moga baik2 je yat lepas amik vaksin :)
DeleteAlhamdulilah :) Saya masih menunggu giliran :)
ReplyDeleteInsyaAllah tak lama lagi semua orang boleh terima vaksin covid19 since KKM pertingkatkan jumlah penerima vaksin
Deletewak dh register kat mysejahtera aje., ;p
ReplyDeletealhamdulillah. insyaAllah tak lama lagi dah boleh dapat vaksin tu :)
DeleteAlhamdulillah..selesai 1st dose.
ReplyDeleteAkak masih tunggu giliran..lama lagi kot.
InsyaAllah tak lama lagi boleh dapat vaksin dah :)
DeleteAlhamdulillah tak ada apa-apa kesan. Ada yang loya dan muntah. Atas penerimaan badan msing-masng kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Haah! Alahan yang dialami bergantung pada badan masing2. Saya pulak lepas ambil vaksin terus lapar hehehe
DeleteAlhamdulillah. 1 bab dah selesai.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tunggu dos kedua minggu depan. Pastu dah boleh dapat sijil vaksin digital 🥰
DeleteAlhamdulillah.. haha hari tu masa atie kena cucuk test TB pun sama, atie tnya nurse tu, dah cucuk ke ? hahaha pastu tnya dia, cucuk kat mana eh ?
ReplyDeleteMesti nurse tu pun blur patient tanya camtu 😅😅
DeleteAlhamdulillah. Selesai dah 1 part ye. Ana pun dah register. Tggu panggil je nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah. InsyaAllah dalam masa terdekat ini KKM panggil 😊
DeleteAlhamdulillah, selesai 1 perkara ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Minggu depan cucuk untuk 2nd dose. Pastu dah boleh dapat sijil vaksin covid19 digital.
DeleteWah seronok sudah dapat.
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊
DeleteAlhamdulillah. Saya belum lagi. Sudah daftar, hanyatunggu giliran.
ReplyDeleteAlhamdulillah. InsyaAllah tak lama lagi boleh dapat vaksin jugak :)
DeleteAlhamdulillah... Cikbunga lom lagi 🌹🌹
ReplyDeleteInsyaAllah tak lama lagi sampai juga turn Cik Bunga tuk cucuk vaksin covid19
DeleteAlhamdulillah.. Debar pula Sha.. hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah xde pape Sha. Moga dipermudahkan urusan Sha nnti :)
DeleteDone follow 🌹🌹.. Tahniah yer👍👍
ReplyDeleteTerima kasih cikbunga :)
DeleteSaya belum divaksin.. Orang rumah saya fronliner, dah divaksin 2 kali..
ReplyDeleteInsyaAllah tak lama lagi semua orang akan dapat jugak vaksin covid19 :)
DeleteInsyaallah
DeleteAlhamdulillah.settle first dose. Berdebar pulak menunggu masanya ni. Tak sakit rupanya ye. Okay, harap kuat semangat nanti :)
ReplyDeletealhamdulilah. seronoknya kak :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)