Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu



Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu
Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu


1. Apa itu Coronavirus ( COV ) ?





Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-COV dan SARS-COV.

NOVEL CORONAVIRUS 2019 nCoV pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah kita ditemui sebelum ini ( emergent ) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk lain 
( extant ).



2. Dimana bermulanya virus ini ?

Inilah tempatnya di Wuhan, China punca bermula nya strain virus terbaru dinamakan sebagai “Novel Coronavirus 2019 nCoV” iaitu Huanan Seafood Wholesale Market.

Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Coronavirus ini biasanya ada pada haiwan ternakan hingga haiwan peliharaan. Virus ini bersifat zoonotik dimana ianya boleh menyebarkan penyakit dari haiwan ke manusia.


Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.

"Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda," tertera bersama senarai harga pemborong, "Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai", tambahnya lagi.

Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.

3. Cara Penyebaran Novel Coronavirus

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat ( CDC ), bila seseorang telah dijangkiti oleh coronavirus ianya mudah tersebar kepada orang di sekelilingnya melalui udara apabila
  •  pesakit batuk atau bersin 
  •  menyentuh objek yang ada virus di atasnya kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata sebelum cuci tangan
  • bersalaman atau menyentuh pesakit

4. Simptom-simptom Novel Coronavirus

Tiada biasa jangkitan adalah :
  • demam
  • selsema
  • batuk
  • sesak nafas
  • kesukaran bernafas

Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang malahan boleh membawa maut.

5. Cara Rawatan / Vaksin Untuk Tangani Novel Coronavirus

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, tiada rawatan khusus atau vaksin yang boleh diberikan kepada pesakit yang positif virus baru ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan menurut beliau adalah merawat gejala seperti demam, batuk dan selsema serta mengarahkan pesakit dikurantinkan.

6. Langkah-langkah Pencegahan



Virus Corona : Segalanya Yang Anda Perlu Tahu
Virus Corona : Langkah Pencegahan Yang Perlu Kita Lakukan




1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pencuci tangan ( hand sanitizer )
3. Pakai penutup mulut atau hidung ( mask ) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain
4. Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan atau lawatan ke negara China dan sentiasa meningkatkan kebersihan diri.


Sebagai orang Islam, kita semua percaya segala yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Malah di dalam Al-Quran telah menyebut kita perlu mengutamakan makanan yang halal lagi baik.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al Baqarah ayat 168.


Moga kita semua terpelihara dari virus bahaya ini

Post a Comment

0 Comments