Sekolah Akan Dibuka Semula Sepenuhnya 15 Julai 2020


Alhamdulillah akhirnya terjawab semua teka-teki ibubapa apabila Menteri Kanan ( Pendidikan ) Dr Radzi Jidin mengumumkannya melalui sidang media beliau pada 1 Julai 2020 lalu. 

Semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) akan memulakan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 15 Julai ini.



Kak shima ' highligtkan' perkara penting yang menjadi intipati teks Menteri Kanan ( Pendidikan ):

1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.


2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.

3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti ko-kurikulum adalah tidak dibenarkan.

4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

5. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

6.Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.   

7. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

8. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

10.  Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.

11. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri

Sudah bersediakah anak-anak kita untuk bersekolah semula selepas lebih 4 bulan cuti? 

Antara perkara yang boleh disemak oleh ibubapa sebelum start sekolah adalah baju uniform sekolah. Muat tak lagi? Maklumlah lama cuti dok rumah. Makan pun 6 kali sehari , sedap pulak tu.😂😂.

Kasut dan stokin sekolah pula perlu diletakkan di satu tempat bagi elak kelam kabut pada hari persekolahan.

Moga entry ini memberi manfaat pada semua 😊

Sumber : Astro Awani




Post a Comment

8 Comments

  1. Hehe jangan dah hilang kasut sekolah sudah. Lama betul cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah pepagi nak sekolah anak baru nak cari kasut. Kasut mana kasut mak? Ada yang jadi hijau nanti hahaha

      Delete
  2. izzati jadi tukang basuh kasut adik-adik je la. haha. semangat sangat nak suruh diorang pergi sekolah hehehe.

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan kemasukan kembali ke sekolah ini dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. dah tak lama nak start ni. harini dah 9 julai soooonnn 15 julai hehehe.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)