Monday, 21 December 2020

Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP

Permohonan dalam talian i-Sinar telah dibuka mulai hari ini 21 Disember 2020  membolehkan mereka yang layak  mengemukakan borang permohonan.

Untuk makluman semua, i-Sinar merupakan kemudahan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Seramai 8 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) terlibat dalam program ini.

Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP
Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP

Siapa Yang Layak Memohon ?

Ada 2 kategori pekerja yang layak memohon iaitu Kategori 1 & Kategori 2

Kategori 1 

  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum, surirumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan
  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua ( 2 ) bulan berturut-turut atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30%
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Permohonan boleh dibuat mulai hari ini

Kategori 2

  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas ( jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa ) sejak 1 Mac 2020
  • Dokumen sokongan diperlukan.
  •  KWSP memerlukan dokumen sokongan ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa
  • Jika tiada, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan
  • Permohonan boleh dibuat mulai 11 Januari 2021
Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 - 3 minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dikreditkan ke dalam bank yang dipilih sebelum akhir bulan berikutnya selepas kelulusan diberi.
    Tips Untuk Kelancaran Urusan Permohonan i-Sinar
    • Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun
    • Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP
    • Pastikan akaun bank milik anda aktif
    Jumlah Amaun Yang Boleh Di Keluarkan
    • Pengeluaran i-Sinar adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini
    • Ahli yang mempunyai RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000
    • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
    • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 ( yang mana lebih rendah ) daripada Akaun 1
    • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000
    Cara Membuat Permohonan i-Sinar KWSP
    • Log masuk ke https://isinar.kwsp.gov.my
    Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP
    Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP
    • Isikan butiran diri
    Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP
    Permohonan Dan Semakan i-Sinar KWSP

    • No OTP akan diperlukan. Pastikan no telefon bimbit telah didaftar dengan KWSP.
    • Sekiranya no telefon betul, akan terus terpampang jumlah keseluruhan yang boleh anda keluarkan mengikut data KWSP
    • Anda boleh memilih berapa jumlah yang ingin anda perolehi pada bulan pertama sehingga ke bulan terakhir ( bulan keenam ).Sistem i-Sinar akan tentukan berdasarkan apa yang telah masukkan pada bulan pertama .
    • Setelah buat pilihan, seterusnya pembayaran akan dibuat ke akaun persendirian anda sebagaimana yang telah didaftarkan.
    Nota : kak shima tak layak untuk mohon i-Sinar huhuhu

    Untuk maklumat lanjut mengenai i-Sinar KWSP , anda boleh layari https://isinar.kwsp.gov.my.

    Semoga dengan kemudahan yang diberikan oleh KWSP ini boleh membantu kita semua dalam meneruskan hari-hari tahun 2020 dengan lebih ceria dan tabah :)


     

    11 comments:

    1. Semoga penerima dapat menggunakan secara berhemah duit yang dapat ni. Bukan senang nak mengumpulnya.

      ReplyDelete
    2. Saya termasuk dalam kategori 1. Tapi saya tak mohon pun. Alhamdulillah, cukup makan pakai.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdulillah. Biar simpan kat situ. Nanti boleh keluar bila sampai waktunya 😉

        Delete
    3. huaaa.. hopefully atie apply ni approve huhu

      ReplyDelete
    4. kebetulan masa pkp wak dpt keje., bsyukur saja kann., ;p

      ReplyDelete
    5. semoga memberi manfaat kepada mereka yg terjejas

      ReplyDelete
    6. semoga yang layak mendapat manfaat berpanjangan dari pada pengeluaran ini, in shaa allah. kak AJ singgah sini dan follow shima :) salam ukhuwah

      ReplyDelete
    7. Semoga membantu mereka yang sangat memerlukan..

      ReplyDelete

    Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

    Penafian

    #Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

    #Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.