Tuesday, 4 May 2021

Baju Melayu Kanak-Kanak Pilihan Untuk Hari Raya

Minggu-minggu akhir bulan Ramadhan pasti ramai yang mencari baju raya untuk berhari raya. Sana sini buat promosi sampai rambang mata den tak tahu nak pilih mana satu hehehe

Hari itu, ternampak kawan share status pasal baju melayu upin ipin dari Jakel. Kak shima pun suka belikan baju melayu anak kak shima kat situ. 

Baju Melayu Kanak-Kanak Pilihan Saya

Sebenarnya jenuh juga nak cari baju melayu kanak-kanak yang berkenan di hati. Masa memula cari baju melayu untuk abang Shaamel, gigih pusing satu Bazar Aldilfitri di Jalan TAR. 

Masa itu, pandemik covid19 ini takde lagi jadi mudahlah nak 'ukur jalan' dari Jalan TAR ke SOGO pastu ke Maju Junction ke Jalan TAR semula semata-mata cari baju melayu kanak-kanak. Gigih tau kami anak beranak hehehehe.

Sampailah suatu hari kami shopping bersama keluarga di Jakel Segamat untuk beli persiapan hari raya dan first time beli baju melayu Upin & Ipin untuk abang Shaamel kat situ.

Apa yang bestnya Baju Melayu Upin Ipin dari Jakel ini?

✅ Kualiti jahitan - memang kemas dan tak mudah terbuka.

✅ Jenis kain - jenis serap peluh . sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif tak reti dok diam 😅

✅ Mudah gosok dan tak mudah renyuk

✅ Harganya pun berpatutan. kalau tak silap, bawah RM100. memang berbaloi.



Jadi, untuk korang yang masih tercari² baju melayu kanak-kanak untuk hari raya ini, boleh dapatkan baju melayu Upin Ipin di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia dan online di www.jakelonline.com hari ini juga




12 comments:

  1. Alhamdulillah..dapat yg berkenan di hati..penat gak ukur jalan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jumpa juga yang berkenan hehehe

      Delete
  2. Baju anak² dan saya beli di Tesco saja.. ������

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan akak. Jahitan dia kemas. Kain sedap 🥰

    ReplyDelete
  4. Ohhh baju melayu upin ipin ye nama dia. Comel je nama sempena kartun upin ipin hahaha. Cantikkk! Warna biruu tu pun cantikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upin ipin glemer di kalangan kanak-kanak. senang nak promot hehehe

      alhamdulillah. ini baju raya 2 tahun lepas hihihi

      Delete
  5. Tak beli baju raya lagi....

    ReplyDelete
  6. Cantik tema baju raya. Jakel banyak pilihan :)

    Selamat hari raya. maaf zahir batin kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.