Saya Dah Dapat Booster Dos | Isnin minggu lepas 25 Oktober 2021 , kak shima dapat temujanji untuk suntikan dos penggalak ( booster dose ) vaksin covid 19. Kali ini di tempat yang berbeza dari dos 1 & 2 iaitu di Hospital UITM Puncak Alam.
![]() |
Hospital UITM Puncak Alam |
Ramai juga staf barisan hadapan UITM yang dapat dos penggalak hari itu.
Proses nak dapat suntikan tak ambil masa yang lama. Petugas di kaunter pendaftaran hanya minta kita buka My Sejahtera untuk pastikan cukup 6 bulan dari tarikh dos kedua vaksin covid19.
Borang ini perlu isi untuk doktor monitor sekiranya anda ada alahan semasa dapat suntikan kedua yang lepas.
Lepas dapat suntikan , duduk dulu dalam auditorium untuk monitor alahan selama 15 minit. Alhamdulillah kak shima ok selepas tempoh itu.
Dapat bergambar kat booth ini. Belakang itu ada tulisan Kampus UITM Puncak Alam.
Pengalaman Booster Dose Vaksin Covid 19
Untuk suntikan booster dos vaksin Pfizer ini , tak sakit masa suntik. Nurse pun mesra beri masa untuk tarik nafas semua. Debor juga sebenarnya untuk ambil suntikan booster dos ini.
Waktu petang baru terasa lenguh kat bahu. Bahu masih sakit pada hari kedua dan ketiga. Plus ada terasa nak demam masa hari ketiga. Kak shima ambil double dos Vitamin C dan Vivix Shaklee
Alhamdulillah cek My Sejahtera pun dah update lengkap 3 dos.
Tahniah juga kepada semua yang dah dapat booster dos vaksin covid 19. Moga dengan usaha ini kita semua dapat menjalani hidup normal seperti tahun-tahun sebelum covid 19 ini.
7 Comments
alhamdulillah! laju!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lega dah settle hehehe
DeleteAlhamdulillah dah dapat dos booster. Aameen atas doa, harapan ramai nak hidup normal. Cantik gambar.
ReplyDeleteTerima kasih :). Moga makbulkan doa kita semua
Deletetahniahnyer dpt booster vaksin.,. mantap kak ;p
ReplyDeleteterima kasih hihihi
DeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)