Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah mengeluarkan tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan bagi sesi 2022/2023.
Thursday, 30 December 2021
Tuesday, 28 December 2021
Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin E Shaklee
Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin E Shaklee | Vitamin E Shaklee Is Back !Lama ia menghilang hampir 2 tahun tiada dalam pasaran Malaysia. Alhmadulillah Disember 2021 ini ia muncul kembali.
Jom kita tengok Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin E Shaklee.
Info Vitamin E
- Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak
- Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan
- Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi
- Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan
- Minyak sayuran
- Sayuran berdaun hijau gelap
- Kekacang
- Biji-bijian dan semua bijirin
- Beras perang
- Jagung
- Telur
- Rumpai laut
- Susu
- Oat
- Kacang soya
- Ubi kentang
- Gandum
- Mengekalkan Kulit Berseri : Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit
- Fungsi Otak yang Lebih Baik : Vitamin E membantu menambah baik fungsi kognitif ketika peningkatan usia
- Menambah Baik Pergerakan Sperma : Vitamin E membantu melindungi sel membran sperma daripada kerosakan
- Menyokong Kesihatan Penglihatan : Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak
- Menyokong Kesihatan Jantung : Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung
- Pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi ( lihat pada label , ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ia daripada seumber kimia atau tiruan.
- Cari perkataan mixed tocopheral dalam label.
- Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.
- 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol , yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh
- 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum
- 39.4mg ekstrak biji anggur mengandungi proantosianidin , sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
- Membantu mengurangkan kesan " inflammation "
- Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson
- Membantu luka cepat sembuh
- Membantu mengurangkan risiko kulit " sunburn "
- Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata
- Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta - thalassemia dan vitamin E deficiency
- Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit
- Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf
- Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang
- Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang
Thursday, 16 December 2021
Elderberry Tea Mix Produk Terbaru Shaklee
![]() |
Manfaat Elderberry Tea Mix |
- Membantu proses penurunan berat badan
- Membantu membakar lemak berlebihan
- Mengandungi polifenol yang menghalang sel badan rosak daripada radikal bebas
- Membantu proses detox
- Membantu proses detox
- Membantu membakar kalori dengan lebih cepat ketika bersenam
- Membantu memberi tenaga dan kecergasan berpanjangan
- Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Membantu meningkatkan metabolisme
![]() |
Kelebihan Elderberry Tea Mix |
- Bebas gluten, tiada tambahan perisa, pewarna dan pengawet tiruan
- Alternatif yang bagus bagi penggemar minuman manis ( hanya 15 kalori sahaja )
- Kos rendah , cuma RM4.60 untuk 1 sachet sahaja , mampu memberi kesegaran berpanjangan
- Mengandungi ektrak Elderberi yang menyokong kesihatan yang baik
- Mengandungi taurina yang dikaji secara meluas untuk meningkatkan ketangkasan fikiran dan tenaga
- Mudah - tersedia dalam pek hidangab yang memudahkan.
Saturday, 11 December 2021
Friday, 10 December 2021
Testimoni Youth BB Cream Shaklee
Testimoni Terbaru Youth BB Cream | Youth BB Cream antara produk baru masuk Malaysia Oktober lalu. Alhamdulillah sambutan dari orang ramai sangat menggalakkn hingga BB Cream kod 2 habis stok. Tunggu Shaklee restok bulan ini insyaAllah.
Jom kita tengok testimoni dari mereka yang telah menggunakan produk ini.
![]() |
Blend elok pada muka dan rasa sangat ringan |
![]() |
Berpeluh pun muka tak bercapuk |
![]() |
Rasa ringan dan muka tak bercapuk bila berpeluh |
![]() |
Teksturnya ringan dan mudah nak apply |
![]() |
Muka tak rasa gatal dan sesuai untuk kulit sensitif |
![]() |
Sesuai untuk kulit yang sensitif |
![]() |
Blend elok pada muka dan rasa sangat ringan |
Teruja tengok testimoni dari kawan-kawan. Bila sapu kat kulit, terasa ringan dan mudah blend di kulit. Kulit pun tampak glowing.
Saturday, 4 December 2021
Tulang Yang Rapuh : 5 Tabiat Yang Boleh Sebabkan Osteoporosis
Tulang Yang Rapuh : 5 Tabiat Yang Boleh Sebabkan Osteoporosis | Tahukah anda bahawa gaya hidup dan diet harian anda memainkan peranan penting dalam memastikan kalsium dan nutrisi pembinaan tulang yang lain dapat diserap dan dikekalkan dalam tubuh.
Fakta Mengenai Osteoporosis
- Di Malaysia, osteoporosis kekal sebagai penyakit yang jarang didiagnosis dan tidak dirawat.
- 1 dalam 3 wanita dan 1 dalam 5 lelaki akan mengalami patah tulang sepanjang hayat mereka.
- 1 dalam 3 pesakit yang mengalami patah tulang pinggul akan mengalaminya semula dalam tempoh setahun kemudian
- 27% wanita dan 37% lelaki yang patah tulang pinggul akan meninggal dunia dalam masa 1 tahun
- Lebih 80% kes patah tulang pada orang yang berumur 50 tahun adalah disebabkan oleh osteoporosis
- Wanita dan lelaki mula kehilangan ketumpatan tulang pada pertengahan usia 30an.
1. Makanan Tinggi Garam
Lebih banyak garam yang anda makan, lebih banyak kalsium yang kita buang melalui air kencing. Jadi kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan pilih altenatif rendah garam.
Kajian mendapati wanita yang telah menopause dengan diet garam yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak mineral tulang berbanding wanita lain yang sama usia.
2. Pengambilan Berlebihan Minuman Soda
Kebanyakan minuman ringan berbikarbonat mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan pembuangan kalsium melalui air kencing anda. Ada kajian yang mendapati bahawa wanita menopause yang kerap minum soda mempunyai risiko tingi patah tulang pinggul
3. Minuman Tinggi Kaffein
Anda kehilangan kira-kira 6mg kalsium untuk setiap 100mg kaffein yang anda minum. Kesan diuretik kaffein akan menyebabkan kehilangan kedua-dua air dan kalsium. Kesannya lebih ketara apabila anda mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari.
4. Daging Merah
Daging ada 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur daripada makanan berasaskan tumbuhan . Semasa proses penukaran sulfur kepada sulfat, nutrisi dalam tulang boleh larut ke dalam aliran darah dan dinyah ke dalam air kencing melalui buah pinggang.
5. Merokok
Terdapat kajian yang dilakukan terhadap kembar seiras menunjukkan bahawa perokok jangka panjang mempunyai risiko mengalami patah tulang 44% lebih tinggi berbanding kembar mereka yang tidak merokok.
Merokok mengurangkan bekalan darah ke tulang manakala nikotin dalam rokok boleh memperlahankan penghasilan sel-sel dalam tulang. Ia juga memberi kesan kepada kesimbangan estrogen yang penting untuk membina dan mengekalkan tulang.
Tulang yang kuat penting untuk menyokong pergerakan kita. Jadi kita perlu bekalkan kalsium yang secukupnya dan amalkan diet harian yang sihat untuk mengekalkan kesihatan tulang kita.