10 Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung | Minggu ini minggu terakhir kebanyakan kita bekerja sebelum kedatangan 1 Syawal pada minggu depan. Mesti ramai yang sudah terbayang-bayang suasana hari raya di kampung halaman setelah 2 tahun tidak berpeluang balik kampung disebabkan PKP
Namun begitu, di dalam keseronokan kita ingin pulang ke kampung halaman , jangan lupa untuk menitikberatkan faktor keselamatan untuk mengelak sebarang insiden atau kemalangan yang tidak diingini dari berlaku. Jom kita tengok 10 tips keselamatan yang boleh kita ambil sebelum kita bertolak balik kampung.
10 Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung
1. Pintu dan tingkap dikunci.
Pastikan pintu utama dan pintu belakang rumah anda dikunci dengan menggunakan sistem berkunci yang berkualiti.
2. Beritahu jiran dan beri nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan
3. Padlock dipasang di tempat yang mudah dipecah masuk
4. Jangan tinggalkan wang tunai dan barang berharga di dalam rumah
5. Pasang autotimer lampu ( sekiranya perlu )
6. Jangan sembunyikan kunci pendua rumah dalam pasu, bawah alas kaki atau dalam rak kasut di luar rumah
7. Maklumkan ketiadaan anda kepada anggota bertugas di bilik gerakan polis
8. Alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik.
9. Hentikan langganan surat khabar
10. Pastikan rumah bersih & selamat agar tidak dijadikan tempat persembunyian penjenayah
Supplemen Shaklee Untuk Balik Kampung
Ada 3 supplemen Shaklee yang sangat membantu anda kekal cergas bertenaga sepanjang perjalanan walaupun dijangka akan berlaku kesesakan lalulintas luar biasa tahun ini hehehe.
Coq Trol Plus Shaklee
Ambil 1 capsul sebelum memulakan perjalanan untuk kekal aktif dan bertenaga.
- Penting untuk penghasilan tenaga
- Menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang oleh digunakan sepanjang hari
Elderberry Tea Mix Shaklee
Campurkan satu sachet ke dalam minuman anda untuk meningkatkan tenaga dan mengekalkan kepekaan
- Minuman menyegarkan agar anda peka sepanjang perjalanan
- Mengekalkan tenaga seharian anda untuk sentiasa segar dan cergas
ResV Shaklee
Ambil 1 capsul sebelum memulakan perjalanan untuk mencergaskan hari anda
- Penuh dengan antioksidan , ia mengoptimumkan prestasi sel supaya tubuh anda bekerja secara optimum
- Meningkatkan tenaga dan kepekaan untuk perjalanan yang mudah.
Selamat balik kampung dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Semoga dipermudahkan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing yea :)
2 Comments
Terima kasih kongsi tips balik kampung..
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)