7 Makanan Punca Jerawat






Umum kita ketahui pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu ada masalah jerawat. Namun menurut sesetenganh pakar kulit, diet seseorang juga memainkan peranan kepada masalah tersebut. Di sini kak shima senaraikan 7 Makanan Punca Jerawat

Jom kita tengok :)


7 Makanan Punca Jerawat


Produk Tenusu

Sesetengah susu lembu yang dijual mengandungi suntikan hormon oleh para penternak bagi menghasilkan susu yang banyak. Hormon ini mampu memberi kesan kepada kulit kita



Garam Berlebihan

Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan badan kehilangan banyak air sekaligus mengakibatkan kekeringan pada kulit



Makanan Bergoreng

Bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya tidak naik jerawat



Makanan Segera

Makanan segera biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet



Kuning Telur

Kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara  mendadak.


Minuman Beralkohol

Minuman beralkohol akan mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh sekiranya badan kita mengalami dehidrasi dan kekeringan



Udang Dan Makanan Laut

Iodium yang terkandung dalam udang dan makanan laut dapat menghasilkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous ( Sebaceous Gland ). Produksi minyak wajah jadi meningkat apabila diambil secara berlebihan.


Kajian menunjukkan 7 jenis makanan di atas dapat memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat.

Oleh yang demikian, banyakkan minum air kosong dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan kita. Bila dalaman kita sihat, kulit kita pun akan berseri-seri !





Post a Comment

0 Comments