Keistimewaan YOUTH Activating Serum Shaklee |
Sejak kebelakangan ini, serum agak famous di kalangan pengguna produk kosmetik. Ianya sering disyorkan kepada mereka yang berusia 30an ke atas.
Serum dikatakan bertindak lagi hebat berbanding pelembap. Ia biasanya hadir dalam bentuk cecair jernih, bertekstur ringan dan bebas minyak. Serum biasanya mengandungi peratusan tertinggi bahan aktif dan berfungsi sebagai sistem penghantaran yang direka untuk menembusi jauh ke dalam kulit bagi memberikan nutrien yang bermanfaat kepada kulit.
Keistimewaan YOUTH Serum Shaklee
Kulit yang sihat dan kelihatan muda memang idaman ramai. Ianya mudah dicapai semasa usia kita awal 20an di mana pembaharuan sel kulit berlaku pada kadar yang optimum. Ia akan memperbaharui dan menghasilkan kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut dan gebu
Namun apabila kita meningkat usia, proses ini akan menjadi perlahan dan elastin juga berkurangan.
Dengan teknologi terkini, YOUTH Activating Serum bukan sahaja menangani penuaan pada permukaan kulit bahkan bertindak pada sel kulit.
YOUTH Activating Serum mengandungi 10 x kali ganda kepekatan bahan aktif berbanding produk lain dalam YOUTH. Ia memperbaharui kulit kita lebih laju dari biasa.
Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit lebih muda dan berseri
Kandungan botanikal aktif dan powerful dalam YOUTH Activating Serum terdiri dari :
✳️ YOUTH Complex dengan Apple Cell
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.
✳️Lotus Japonicus
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.
✳️ Vitamin A
- Vitamin A secara topikal dalam bentuk retinol dan asid retinoik terbukti melawan kedutan dan memerangi tanda-tanda penuaan.
- Vitamin A secara topikal dalam bentuk retinol dan asid retinoik terbukti melawan kedutan dan memerangi tanda-tanda penuaan.
- Vitamin A melindungi kulit kita daripada kerosakan UV dan kesan penuaan
Keistimewaan YOUTH Activating Serum Shaklee |
YOUTH Activating Serum sememangnya produk yang patut dicuba oleh semua.
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)