Tips Sahur Buatkan Kita Kenyang Di Bulan Ramadhan |
Alhamdulillah kita semua kini berada di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan puasa ini kita sering berlebihan semasa berbuka dan sering mengabaikan juadah pada waktu sahur.
Tahukah anda makanan pada waktu sahur boleh membuatkan anda bertenaga dan tidak lapar di bulan puasa ini? Bagaimana nak pilih makanan untuk tujuan ini ?
Jom kita tengok makanan yang baik untuk diamalkan yang boleh buatkan kita tidak lepek menunggu waktu buka.
1. Ambil Sumber Protein
Menurut pakar pemakanan Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, protein adalah nutrien makro yang membantu dalam pelbagai fungsi tubuh seperti pertumbuhan jisim otot.
Struktur protein yang kompleks akan melambatkan pencernaan sekaligus memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Sumber paling senang untuk diambil waktu sahur adalah susu soya, telur , dan kekacang. Boleh pilih ikut tempoh penyediaan sumber protein yang dipilih.
2. Serat
Pilih makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat menjadi kunci yang melambatkan pencernaan. Makanan yang berserat juga akan menahan insulin yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel , daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini akan membantu menstabilkan penghadaman.
Contoh-contoh serat adalah buah-buahan, kekacang dan oat
3. Air Yang Mencukupi
Semasa sahur, pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Macam mana nak buat tu? 3 - 5 gelas air diagihkan secara berperingkat dari awal sahur hingga ke akhir sahur.
Elakan dari mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minuman berkafein seperti kopi kerana ianya bersifat diuretic yang akan menyebabkan tubuh kita cenderung menyingkirkan air dari badan melalui air kencing. Ini akan mengakibatkan kita mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
Tips untuk kekal kenyang dan bertenaga lebih lama ketika berpuasa
ESP + CINCH SHAKE MIX sumber protein Shaklee |
Untuk terus bertenaga hingga ke petang bulan puasa ini , kak shima suka cadangkan sumber protein ESP dan CINCH SHAKE. Dua-duanya ini minuman berprotein dan mempuyai serat yang tinggi.
- ESP - sumber protein yang lambat dicerna di samping ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah , jadi ia akan buatkan kita rasa kenyang dan bertenaga untuk tempoh yang lama.
- CINCH SHAKE MIX - seperti ESP , CINCH SHAKE MIX kaya dengan protein dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ia ada 3 perisa yang sedap vanilla, coklat dan cafe latte. Ia lengkap dengan serat dan multivitamin bagi menampung kekurangan nutrisi semasa kita berpuasa.
Berminat nak cuba produk ESP & CINCH SHAKE MIX , boleh hubungi kak shima dengan klik gambar di bawah
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)