Tuesday, 25 June 2019

Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita




Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita

Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita


Asid lemak Omega - 3 sememangnya diketahui baik dalam menyokong kesihatan tubuh badan kita. Selain penting untuk kesihatan jantung, Omega - 3 sebenarnya banyak memberi manfaat penting pada tubuh badan kita.



Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita

Tulang Lebih Kuat Dan Sendi Lebih Sihat



Semakin meningkat usia kita, penghasilan tulang rawan yang menjadi tisu penghubung antara sendi semakin berkurangan menyebabkan sendi sakit dan radang.

Omega-3 menyokong dengan :
  • Bertindak sebagai fungsi anti radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan
  • Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan


Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita

Mengekalkan Kesihatan Mata

Untuk pengetahuan semua, mata kita mengandungi docosahexaenoic acid ( DHA ) yang digunakan untuk pengecaman visual. 

Omega - 3 menyokong dengan :
  • Mengekalkan tahap optimum DHA yang diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat
  • Membantu penyaliran ceair intraokular yang betul dari mata , mengurangkan risiko tekanan mata yang tinggi dan glaukoma


Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita

Meningkatkan Sistem Imun


Tisu badan kita mudah terjejas akibat dari keradangan yang berpanjangan akibat stress, diet dan gaya hidup yang seterusnya membawa kepada kemerosotan fungsi tisu tersebut.

Omega - 3 menyokong dengan :
  • Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan reaksi keradangan.
  • EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda.



Manfaat Omega - 3 Yang Penting Untuk Tubuh Badan Kita

Berat Badan Yang Sihat



Terdapat satu kajian yang menunjukkan asid lemak Omega - 3 meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha mengurangkan berat badan.

Omega - 3 menyokong dengan :
  • Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga
  • Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda dapat membakar lebih lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.






0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan.

Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.