Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung




Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung


Bila disahkan hamil, mesti ibu-ibu mula berkira-kira mahu berikan yang terbaik yang bayi yang dikandung. Pengambilan supplemen Vitamin C antara vitamin yang perlu dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam diet ibu hamil.

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan kita tidak boleh hasilkan sendiri vitamin c. Disebabkan ini adalah disarankan pengambilan vitamin c setiap hari bagi menjamin kesihatan ibu dan perkembangan bayi .


Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Hamil


Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung



1. Vitamin C meningkatkan daya tahan ibu dan bayi dalam melawan sebarang jangkitan sepanjang tempoh kehamilan. Ini adalah kerana semasa hamil, sistem imun ibu menurun dan ini boleh membuatkan ibu hamil senang jatuh sakit. 


2. Vitamin C membantu merangsang penghasilan kolagen. Kolagen penting untuk :
  • pembentukan struktur tulang rawan, otot , tulang dan tendon bayi yang sedang terbentuk
  • memastikan kesihatan gusi dan gigi ibu & bayi

3. Vitamin C sebagai agen antioksidan yang penting dalam melawan serangan radikal bebas yang berbahaya. Ianya bertindak secara senergi ( bersama ) dengan Vitamin E dalam menghalang proses pengoksidaan yang bahaya pada tubuh.


4. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Bagi ibu hamil yang mengalami masalah kekurangan sel darah merah ( anemia ), pengambilan vitamin c boleh meningkatkan pengeluaran sel darah merah pada kadar yang lebih cepat.

5. Proses pengoksidaan juga boleh berlaku semasa hamil. Ia boleh menyebabkan masalah pre eclampsia ( selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing ibu ) dan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pra matang. Vitamin C walaupun belum banyak kajian dilakukan mengenainya dapat mengelakkan sebarang komplikasi semasa hamil.


6. Vitamin C membantu mempercepatkan pemulihan luka dan kerosakan tisu semasa kehamilan dan semasa proses bersalin nanti.


7. Vitamin C membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Pengambilan Vitamin C yang disyorkan oleh American Prenancy Association adalah 200mg - 500mg sehari. Pengambilan Vitamin C melebihi dari dos yang disyorkan tidak mendatangkan kemudaratan kerana ianya vitamin larut air.

Namun perlu diingat pengambilan vitamin c melebihi 2000mg sehari boleh menjejaskan kehamilan  dan mendatangkan kemudaratan.


Dalam usaha memberikan yang terbaik untuk zuriat yang ditunggu-tunggu, kak shima suka cadangkan agar berbincang doktor terlebih dahulu agar kita memahami manfaat vitamin yang ambil dan kemudaratan yang bakal berlaku.


Sumber rujukan

Blog DrZubaidi


Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)