Thursday, 25 July 2019

7 Peranan Penting Vitamin C Pada Tubuh

Vitamin C salah satu vitamin penting pada tubuh kita. Ianya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Namun begitu, ia memainkan fungsi penting dalam tubuh kita dan kesihatan yang baik selalu dikaitkan dengannya.

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air. Ianya boleh ditemui di dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah oran , strawberi, buah kiwi, bayam, brokoli dan kale

Dos yang disyorkan untuk vitamin c adalah 75mg bagi wanita dan 90mg bagi lelaki dewasa.

Walaupun sering dinasihatkan mengambil vitamin c melalui pemakanan , ramai yang beralih kepada makanan tambahan atau supplemen bagi memenuhi keperluan mereka.

Berikut adalah 7 peranan penting yang terbukti secara saintifik  bagi pengambilan vitamin c

1. Antioksidan Kuat Yang Boleh Kurangkan Risiko Penyakit Kronik





Vitamin C adalah antioksidan kuat yang boleh menguatkan sistem pertahanan semula jadi tubuh kita.

Antioksidan adalah molekul yang meningkatkan sistem imun. Ia melakukannya dengan dengan melindungi sel badan kita daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas.

Kajian menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin c boleh meningkatkan tahap antioksidan darah kita  sehingga 30%. Ini sekaligus membantu pertahanan semulajadi kita dalam memerangi keradangan.


2. Boleh Membantu Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi





Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mendedahkan kita kepada risiko penyakit jantung, punca utama kematian di seluruh dunia.

Kajian menunjukkan bahawa vitamin c boleh membantu menurunkan tekanan darah pada mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi atau sebaliknya.

Kajian dilakukan ke atas 29 orang mendapati bahawa dengan mengambil vitamin c, secara purata mengurangkan tekanan darah sistolik ( nilai atas ) bawah 120mmHg dan tekanan darah diastolik ( nilai bawah ) kurang 80mmHg bagi orang dewasa yang sihat.




3. Melawan Faktor Risiko Penyakit Jantung - Berpotensi Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung antara punca utama kematian di seluruh dunia.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit ini antaranya tekanan darah tinggi, tahap kolesterol LDL yang tinggi, paras kolestrol HDL dan paras trigliseride yang rendah.

Vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko ini sekaligus mengurangkan risiko penyakit janfung. 


4. Bantu Kurangkan Paras Asid Urik Dalam Darah Dan Bantu Mencegah Serangan Gout

Gejala gout muncul apabila terlalu banyak asid urik dalam darah. Asid urik adalah produk sisa yang dihasilkan oleh badan. Pada paras yang tinggi, ia boleh menjejakan sendi.

Menariknya, beberapa kajian telah mendapati bahawa vitamin c boleh membantu mengurangkan asid urik dalam darah sekaligus melindungi dari serangan gout.



5. Membantu Mencegah Kekurangan Zat Besi Dengan Meningkatkan Penyerapan Zat Besi Dalam Darah

Zat besi adalah nutrien penting yang mempunyai pelbagai fungsi dalam badan.  Ia sangat penting dalam penghasilan sel darah merah dan mengangkut oksigen ke seluruh badan.


6. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan Dengan Membantu Sel Darah Putih Berfungsi Dengan Lebih Baik

Vitamin C memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan kita.

Pertama, vitamin C membantu menggalakkan pengeluaran sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit yang melindungi tubuh dari jangkitan.

Kedua, vitamin C membantu sel-sel putih berfungsi dengan lebih berkesan sambil melindungi ia daripada kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Ketiga, Vitamin C penting dalam sistem pertahanan badan. Ianya diangkut secara aktif ke kulit di mana ia boleh bertindak sebagai antioksidan dan membantu menguatkan pertahanan di kulit.


7. Melindungi Memori Sesuai Dengan Usia

Demensia adalah sejenis masalah penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal

Kajian menunjukkan bahawa tekanan dan keradangan oksidatif berhampiran otak, tulang belakang dan saraf ( kesemuanya dikenali sebagai sistem saraf tunjang ) boleh meningkatkan risiko demensia

Oleh itu , ramai pakar perubatan menyarankan pengambilan vitamin C setiap hari bagi menjamin kesihatan kita berkekalan.


Rujukan : healtline.com/nutrition/vitamin-c-benefits


2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)