7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater




7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Menjadi seorang yang Mindful Eater bukanlah bererti anda sedang diet. Ianya lebih kepada kaedah untuk kita mendidik diri dan nafsu kita semasa makan. Makan secara perlahan-lahan dan memerhatikan setiap tekstur makanan yang kita ambil antara sebahagian langkah yang diamalkan dalam kaedah ini.

Antara kebaikan menjadi seorang yang mindful eater adalah boleh elak pembaziran makanan dan boleh juga kurangkan berat badan.

Di sini kak shima kongsikan 7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful eater.

7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Baca Doa Dulu Sebelum Makan

1. Hargai Makanan Yang Dihidangkan
Mulakan dengan bacaan doa supaya segala apa yang dimakan diberkati dan memberi manfaat kepada tubuh kita. Niatkan juga supaya tubuh jadi sihat.

7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Nikmati Sepenuhnya Makanan Dengan Guna 5 Deria

2. Gunakan 5 Deria
Elakkan makan sambil menonton TV atau Handphone. Sebaiknya kita menggunakan 5 deria rasa untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Ini salah satu cara untuk kita menghargai makanan.


7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Bersederhana dalam memilih portion makanan

3. Hidang Secara Sederhana
Hidang makanan secara sederhana. Pilih bahagian yang lebih kecil bagi mengelakkan kita makan secara berlebihan. Ia juga membantu mengurangkan pembaziran apabila makanan tadi tidak dihabiskan. Gunakan pinggan yang kecil, tidak lebih daripada 9 inci dan hanya mengisi sekali sahaja boleh membantu kita makan lebih sederhana.



7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Makan dalam kuantiti yang sikit dan kunyah lebih kerap bantu kita merasai makanan

4. Makan Sedikit Dalam Satu Masa
Memilih gigitan yang lebih kecil dan mengunyah dengan lebih kerap dapat membantu diri kita merasai rasa makanan. Ia juga boleh membantu meningkatkan pencernaan kerana proses memecahkan makanan tadi bermula dengan enzim di dalam mulut. Mengunyah dengan baik membolehkan lidah dan lelangit kita merasai makanan dengan lebih baik.



7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Makan dengan perlahan boleh buatkan kita cepat kenyang

5. Makan Dengan Perlahan
Makan dengan perlahan membantu otak kita memberi signal bahawa perut kita sudah "hampir penuh" supaya kita dapat berhenti sebelum makan terlalu banyak. Kita digalakkan berhenti sebelum kenyang supaya kita tidak telebih makan.




7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Jangan skip makan kerana ianya boleh menyebabkan kita terlebih makan

6. Jangan Skip Makan
Apabila kita skip makan, ia akan membuatkan otak kita sukar membuat pilihan yang bijak. Di saat kita rasa terlampau lapar, ia akan membuatkan otak kita bertindak mengambil makanan secara berlebihan. Ini antara faktor kenapa kita terlebih makan.


7 Langkah Bagaimana Menjadi Mindful Eater

Tambah sayuran & buah dalam diet harian 

7. Makan sayuran & buah dalam menu diet
Amalkan pemakanan sihat dengan menambah menu sayuran dan buah-buahan supaya badan kita mendapat khasiat yang sepatutnya.


Sebenarnya kalau tengok pada tips-tips ini, ianya selari dengan adab makan ajaran Nabi Muhammad SAW di mana baginda meyuruhnya umatnya tidak berlebihan dalam makan dan minum.


Moga bermanfaat untuk semua :)

























Post a Comment

0 Comments