Tuesday, 20 August 2019

Cara Mudah Semak Skincare Ada Kelulusan KKM







Sekarang ini kita semua tahu terdapat banyak lambakan produk kesihatan dan skincare yang selalu kita nampak sama ada di sosial media ataupun yang dijual di media cetak. Sampaikan kita teruja nak cuba semua disebabkan tagline yang digunakan oleh owner produk.

Tapikan jangan tertipu dengan semua tagline itu tau. Sebagai pengguna, kita perlu pastikan produk kesihatan dan skincare yang kita ambil @ guna selamat untuk jangka masa yang panjang.

Jadi sebelum buat pembelian, boleh semak dulu yea.  Kak shima kongsikan Cara Mudah Semak Skincare Ada Kelulusan KKM. Ada 5 cara mudah untuk dapatkan kepastian yea :)


5 Cara Mudah Semak Skincare Lulus KKM





1) Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my
NPRA adalah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Boleh semak produk kesihatan atau skincare yang korang nak guna.


2) Klik Consumers dan pilih Product Search
Korang akan nampak paparan seperti di bawah :)



3) Pilih 'Cosmetic' untuk semak skincare. 
Pilih ' Pharmaceutical' untuk semak produk kesihatan.


4) Pilih ' Product Name'
Di sini kita boleh boleh buat pilihan nak semak guna apa :
- Product Name
- Notification Number
- Holder Name
- Manufacturer Name
- Importer

Boleh pilih Product Name bagi memudahkan carian :)




5) Masukkan 'Product Name' yang ingin dicari
Ianya hanya mengambil hanya beberapa saat untuk buat semakan. 
Cam contoh di atas , kak shima masukkan Shaklee Youth. Inilah hasil carian tadi. semua produk YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan dengan KKM.


Jadi, jika korang ingin menggunakan satu-satu produk baru, semak dulu di web www.npra.gov.my terlebih dahulu. Jika ianya ada dalam senarai, bolehlah teruskan niat korang dan jika sebaliknya, boleh cuba produk lain yang tersenarai.

Jadilah pengguna yang BIJAK





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan.

Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.