Cara Pemakaian Mask Muka Yang Betul

Di musim jerebu, salah satu pencegahan yang kita boleh lakukan untuk melindungi diri dari mudah jatuh sakit adalah dengan memakai mask dengan cara yang betul.

Ada banyak jenis yang berada di pasaran namun surgical dan N95 antara mask yang biasa digunakan.


Cara Pemakaian Mask Muka Yang Betul
Cara Pemakaian Mask Muka Yang Betul


Surgical Face Mask :

  • longgar
  • pakai buang 
  • direka untuk halang penyebaran air liur, kahak atau hingus pemakai dari tersebar ke luar
  • ia tidak melekap baik pada muka 
N95 :
  • ketat ( kak shima dah cuba )
  • pakai buang
  • topeng muka yang sesuai untuk jerebu dan asap
  • mampu menapis partikel halus sehalus 0.3 mikrometer

Untuk mengelak kesan buruk jerebu pada tubuh, kita perlu memakai mask dengan cara yang betul bagi mencegah partikel halus merbahaya dari masuk ke dalam sistem pernafasan kita.

Cara Memakai Mask Muka N95 Yang Betul

1. Basuh tangan sebelum pemakaian N95
2. Pilih saiz N95 yang bersesuaian.
3. Letakkan pada dagu, pipi dan hidung dengan rapat
4. Tarik getah bahagian atas ke belakang kepala & bahagian bawah getah ke bahagian bawah telinga
5. Letakkan N95 di atas tapak tangan dengan bahagian untuk hidung pada hujung jari.
6. Pastikan bahagian boleh bentuk untuk hidung pada N95 dibentuk dengan rapat pada hidung

P/S : Periksa sekiranya ada kebocoran pada sekeliling N95 dengan menyedut dan menghembus nafas



Cara Pemakaian Mask Muka Yang Betul
Cara Pemakaian Mask Muka Yang Betul

Untuk makluman semua , kedua-dua mask muka ini :
  • tidak boleh dibasuh
  • untuk sekali guna sahaja
  • harus terus dibuang ke dalam tong sampah ( bagi surgical mask, sila lipat ke dalam bahagian luar mask sebelum dibuang )



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia






Post a Comment

4 Comments

  1. tadi tengok kat berita, teruk sangat jerebu kat sri aman...dah sampai catatan pencemaran tertinggi di dunia kul 4.30 petang tadi...tengok pemberita kat site pun pakai mask...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tulah ipu di Sri Aman masih tak turun-turun lagi. Moga semua yg berada di Sri Aman baik-baik saja

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah, satu perkongsian yang baik dan bermanfaat, Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah dik. Alhamdulillah. Moga bermanfaat untuk semua.

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)