Suasana pagi tadi di opis kak shima |
Jerebu datang lagi. Awal dari kebiasaannya. Biasanya jerebu melanda negara kita pada bulan Oktober.
Gambar di atas adalah gambar di kawasan opis kak shima pagi tadi. Matahari kemerah-merahan diselubungi jerebu.
Tindakan yang boleh diambil semasa jerebu |
Apa yang kita perlu lakukan semasa musim jerebu ini ?
1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba sentiasa berada di dalam bangunan
2. Pakai penutup muka ( face mask ) yang sesuai seperti P100 dan N95 jika keluar rumah.
3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
4. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih mode kitaran udara dalaman.
5. Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar
6. Pastikan udara di dalam bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
7. Banyakkan makan buah-buahan yang mengandungi vitamin c, vitamin e dan omega 3. Ketiga-tiga vitamin ini baik untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Untuk cadangan boleh ambil set imun Shaklee iaitu Vitamin C, Nutriferon, Omega Guard dan Mealshakes untuk kanak-kanak
8. Dapatkan rawatan dari fasiliti kesihatan sekiranya anda mempunyai gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selsema, semput, gatal mata , lesu.
Oh ya! Kerap mandi sekiranya badan terasa nak demam. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.
Jagalah kesihatan diri kita dan keluarga. Moga kita semua terhindar dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
2 Comments
semoga jerebu cepat hilang dari langit Malaysia.
ReplyDeletedone follow here.
www.zukidin.com
Aamiin..terima kasih cikgu kie
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)