8 Manfaat Polifenol Yang Perlu Anda Ketahui.




Apa itu POLIFENOL?

Polifenol adalah kompaun yang banyak ditemui di dalam tumbuhan semulajadi yang mempunyai sifat anti-oksidan semulajadi. Terdapat lebih 8,000 polifenol yang dikenalpasti di dalam makanan seperti teh, coklat, buah, sayur-sayuran dan minyak zaitun asli. Ia hanyalah sebahagian daripada yang ditemui 8,000 tadi.

Adalah penting untuk kita tahu bahawa polifenol memainkan peranan yang penting dalam memberi kesihatan yang optimum terhadap kesihatan tubuh manusia. Anti-oksidan bertindak sebagai kumpulan yang membantu melindungi sel badan dari terganggu dengan radikal bebas yang rosak sekaligus mengawal kadar tindak balas tubuh mengikut keadaan umur seseorang. 

Sekiranya tubuh badan kita gagal mendapatkan perlindungan yang secukupnya, radikal bebas ini boleh menyebabkan berlakunya kegagalan sistem fungsi badan dengan baik. Perkara ini akan membawa kepada penurunan degradasi tisu dan meletakkan kita kepada risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan Alzheimer sebagai contoh.

Polifenol boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut :

  • Flavonoid
  • Resveratrol - ia terkandung dalam Vivix yang menggunakan Anggur Muscadine sebagai bahan utama. Ini adalah kerana Anggur Muscadine mengandungi ekstrak resveratrol yang sangat pekat dan tinggi berbanding yang lain


8 Manfaat Polifenol Yang Perlu Anda Tahu



Meningkatkan Sistem Imunisasi

  • Mempercepatkan tindakbalas sistem imun terhadap sebarang jangkitan
  • Membantu mempercepatkan proses pemulihan badan
  • Mengurangkan risiko jangkitan kembali berulang



Meningkatkan Tenaga & Menguatkan Otot

  • Membantu menghasilkan lebih tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Membantu menguatkan otot
  • Meningkatkan prestasi sewaktu bersukan
  • Membina jisim otot bagi warga emas



Kulit Kelihatan Lebih Muda

  • Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan membuatkan kulit nampak berseri



Menggalakkan Fungsi Detox

  • Meningkatkan fungsi detox organ badan
  • Membantu badan memecah lemak dengan lebih efektif
  • Membantu mengurangkan berat badan. Sesuai untuk orang yang inginkan berat yang ideal




Mengekalkan Paras Gula Yang Sihat

  • Mengurangkan paras gula darah, meningkatkan tolenrasi glukosa dan meningkatkan kepekatan insulin
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat
  • Mengurangkan tahap kolesterol jahat ( LDL ) dan meningkatkan tahap kolesterol baik ( HDL )


Memelihara Kesihatan Sendi

  • Meningkatkan penghasilan kolagen pada tulang rawan dan sendi
  • Mengurangkan kesakitan akibat keradangan pada sendi
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi



Meningkatkan Daya Ingatan Dan Aliran Darah Ke Otak

  • Menggalakkan fungsi otak
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan fokus dan daya tumpuan



Mempunyai Kuasa Pencegahan Sel Abnormal

  • Pelbagai kajian dan penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam mencegah pertumbuhan sel yang abnormal
  • Kajian makmal menunjukkan bahawa polifenol membantu melindungi daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel yang abnormal

Moga bermanfaat untuk semua :)











Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)