Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak dan Jangkitan COVID-19


Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak dan Jangkitan COVID-19
Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak dan Jangkitan COVID-19


Malaysia kini menghadapi gelombang kedua Covid-19 sejak kes pertama yang disahkan positif pada 3 Februari 2020.

Semasa gelombang pertama Covid-19, kes-kes positif yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) lebih banyak melibatkan pelancong asing terutamanya dari China yang datang ke Malaysia dengan tujuan melancong bagi memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Sebanyak 22 kes dilaporkan ( kes ke-1 hingga ke-22 ) dan semuanya telah discaj dari wad. Alhamdulillah.

Gelombang Kedua Covid-19

Namun , setelah 11 hari tiada kes baru dilaporkan , KKM melaporkan gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020 hingga 4 Mac 2020 dimana 28 kes ( kes ke-23 hingga kes ke-50 ) disahkan positif Covid-19. 4 Mac 2020 mencatatkan bilangan kes positif tertinggi iaitu 14 kes sehari dimana ianya dikesan berasal dari kes-26. Kes ke-26 dikenalpasti sebagai pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad dan UDA Holding Berhad. Bilangan kes positif Covid-19 membabitkan kes-26 terus bertambah memandangkan pengesanan kontak rapat masih diteruskan sehingga hari ini.




Hari ini WHO telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai wabak pandemik disebabkan penularannya di seluruh dunia berada pada tahap membimbangkan. 


Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit/wabak melalui populasi manusia dan merentasi ke kawasan luar sehingga melepasi negara dan benua malah ke seluruh dunia di mana ciri-cirinya 
adalah :
  • tersebar dalam wakru yang singkat dan pantas
  • menyebabkan kadar kematian yang tinggi

Hari ini 9 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 158 kes.




Apa itu COVID-19?

COVID -19 ( Penyakit Coronavirus 2019 ) adalah strain baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Coronavirus adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai dari selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti  

Coronavirus adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti Middle East Respratory Syndrome Coronavirus ( MERS-COV ) dan Severe Acute Respratory Syndrome Coronavirus ( SARS-COV ).

Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil

  • Menangguhkan perjalanan yang wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan kawasan wabak COVID-19. Terbaru kerajaan Malaysia menyekat perjalanan sepenuhnya kepada rakyat Iran, Itali, Republik Korea dan 3 wilayah China iaitu Hubei, Zhejiang, Jiangsu serta Hokaido, Jepun.
  • Mana-mana individu yang baru pulang dari tempat yang diisytiharkan wabak COVID-19 perlu mengambil inisiatif sendiri untuk 'self-quarantine' di rumah selama 14 hari.
  • Sekiranya bergejala ( demam, batuk/bersin dan sesak nafas ) dapatkan rawatan dari doktor perubatan berdekatan dengan tempat tinggal. Maklumkan juga sejarah perjalanan semasa mendapatkan rawatan.
  • Kurangkan aktiviti luar dan elakkan diri serta keluarga dari mengunjungi tempat yang jadi tumpuan ramai seperti pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.
  • Pakai penutup muka dan hidung ( mask ) jika kunjungi tempat tumpuan ramai 
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau ' hand sanitizer '
  • Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dari individu yang mempunyai gejala demam, batuk dan bersin
  • Elak bersalaman atau bersentuhan jika bergejala ( demam, batuk/bersin dan sesak nafas ). Letakkan tangan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.
  • Elak dari makan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.


Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak Dan Jangkitan COVID-19

Sebagai orang muslim, kita percaya DOA adalah senjata utama bagi orang Islam dalam apa jua situasi. Bacalah sekerap mungkin terutamanya selepas solat.  


Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak dan Jangkitan COVID-19
Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak dan Jangkitan COVID-19


Doa ini diriwayatkan oleh Abu Dawud.

Begini bunyinya :

Allaahumma innii A'uudzu bika Minal Baroshi Wal Junuuni Wal Judzaami Wa Min Sayyi-il Asqoom

Maksudnya :

" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya". 

Moga wabak COVID-19 cepat berlalu pergi. Dan moga Allah lindungi kita semua.

Jika ingin dapatkan produk Shaklee , boleh hubungi kak shima melalui whatsapp

Post a Comment

7 Comments

  1. Ada juga baca doa mohon keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga doa lain yang boleh dibaca di waktu wabak ini. Moga kita semua terhindar dari wabak ini 😊

      Delete
  2. Semoga kita semua dilindungi dari wabak ni. Hari ni sahaja ada penambahan 190 kes baru di Malaysia. Di Bandar Baru Bangi pun dah banyak kes, kecoh dalam group wasap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita semua dijauhi dari wabak ini MAM 😊

      Delete
  3. amin.. semoga kita semua terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn..moga wabak ini cepat berlalu pergi 😊

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)