Alhamdulillah semalam kak shima berjaya menggoreng ikan keli dengan percikan minyak panas yang minimum hahaha.
Sebelum ini memang ngeri bila nak goreng ikan keli walaupun en suami dan anak-anak suka sangat makan ikan keli goreng. Dengan dapur yang berminyaknya dan terkena percikan minyak panas lagi , kak shima selalu ngelat bila anak-anak minta masakkan menu ini hahaha
![]() |
Ikan Keli Goreng ( gambar ehsan google ) |
Alhamdulillah selepas minta petua dari rakan-rakan FB melalui posting kak shima pada April lepas, semalam kita buat praktikal pulak. Memang menjadi :)
Petuanya adalah masukkan tepung gandum dulu sebelum masuk ikan keli. Selepas itu boleh masak dengan senang hati sebab tidak lagi perlu bersusah payah moop lantai yang berminyak hihihi
![]() |
Petua Goreng Ikan Keli Agar Tidak Meletup Dan Garing |
Hasilnya, ikan keli goreng yang ranggup. Boleh makan begitu sahaja atau nak lagi sedap, boleh buat sambal.
Selamat mencuba yea :)
8 Comments
waahh masukkan tepung ek? Boleh try petua ni nanti.. thank you!
ReplyDeleteHaah! Nnti cuba yea . Sama-sama :)
Deletekat uma mmg tak pernah masak ikan keli..sbb mak atie tak pandai masak..huhuh
ReplyDeleteikan keli goreng sedappp atie :). maybe mak atie tak suka kejadian semasa menggoreng ( minyak terpercik satu rumah ) hehehe
Deleteibu kat umah tak pernah makan ikan keli..
ReplyDeletekatanya mengingtkn nya pada ular..hahhahhaa
tapi saya suka !
blogwalking here.. :)
ReplyDeleteFizah tak makan Ikan Keli. Nak masak apatah lagi.Hihihi
ReplyDeleteTq shima. Mama X penah Siang atau masak ikan Keli tau huhunx reti
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)