Resepi Karipap Kentang Rangup Dan Sedap

Cuti PKPP ini banyak momen indah kak shima dengan anak-anak. Antaranya buat karipap dengan 'dibantu' anak-anak hehehe. Ini kiranya kali pertama kak shima buat karipap. Selama ini beli je dengan kakak sendiri yang memang buat karipap dan jual. Resepi ini pun kak shima minta dari dia.

Jom kita cuba buat.

Bahan Inti

Resepi Karipap Kentang Rangup Dan Sedap
Resepi Karipap Kentang Rangup Dan Sedap

1 biji bawang besar ( tambah )
3 biji bawang putih ( tambah )
10 biji kentang ( ikut suka ) - kupas kulit, bersihkan dan potong dadu
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kering
1 kiub ayam Maggi
1/2 sudu kecil garam ( secukup rasa )
4 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblend hingga naik bau.
2. Bancuh rempah dan cili kering. Masukkan bancuhan rempah dan kacau hingga pecah minyak
3. Masukkan kentang dan gaul sekejap
4. Masukkan air hingga kentang tenggelam. Biarkan mendidih
5. Masukkan kiub ayam Maggi dan perasakan garam secukup rasa.
6. Masakkan inti hingga kentang empuk dan kering

Bahan Kulit Karipap

1/2kg tepung gandum
1/2cawan minyak masak 
1/4 sudu kecil garam 
1 1/2 cawan air 

Cara-cara
1. Uli tepung dengan minyak sampai sebati ( dalam 3 minit )
2. Campur air sikit demi sikit sampai tepung tidak melekat pada tangan ( air itu tambah dengan sikit garam )
3. Last sekali uli doh dengan sikit minyak masak
4. Rehatkan doh tadi selama 15 - 20 minit.
5. Bulatkan doh, canai nipis dan letak inti.
6. Kelim kemas karipap ( kak shima guna acuan )
7. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas dengan api yang sederhana.
 
Resepi Karipap Kentang Rangup Dan Sedap
Resepi Karipap Kentang Rangup Dan Sedap

Selamat mencuba


Post a Comment

23 Comments

  1. tkpernh buat karipap tp mka mmg buat jual karipap pusing...ank nk mkn beli je dr mak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya boleh beli karipap air tangan mak sendiri. Mak kak shima dah tak larat nak buat kuih-kuih nie :)

      Delete
  2. sedapnya..susah nak dapat karipap sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak dapat karipap yang sedap syaz. buat sendiri insyaAllah puas hati hehehe

      Delete
  3. dalam smuaaa inti kan, ubi la inti karipap yg paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lak semua jenis inti akak tapau hehehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Sila3x syida. Sedap bgitau, tak sedap pun bagitau yea :)

      Delete
  5. saya paling sukaa karipap inti kentang, sedap sangattt <3 thanks sharing resepi nya

    ReplyDelete
  6. hahaha betul2 dapat buat xtvt ngan anak2 masa pkpp ni memang heaven.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kalau sebelum-sebelum ini ,payah nak buat aktiviti dengan anak-anak.kita sibuk dengan kerja, diorang pulak banyak aktiviti di sekolah :)

      Delete
  7. best buat sendiri buh inti banyak banyak hee

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dear sudi singgah blog sis :)

    ReplyDelete
  9. wah bestnya.. tq for resepi. mama tak rajin nak buat sendiri hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ngan saya. Tunggu mood rajin sampai 😅😅

      Delete
  10. Puas hati kalau kulitnya rangup..
    Tapi sha tak pandai sangat buat.. hehehe.. Makan pandailah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kulitnya ranggup sha.nnti boleh cuba hehehe 🥰

      Delete
  11. memang puas hati buat sendiri, ayu selalu buat extra & frozenkan. bila terasa nak makan..tinggal goreng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti nk buat cam ayulah.buat xtra dan frozenkan 😊

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)