Tips Pemilihan Skincare Yang Sesuai Dan Baik |
Tips Pemilihan Skincare Yang Sesuai Dan Baik Untuk Kulit
1. Kenali Jenis Kulit
Menurut Pakar Dermatologi Kosmetik Dr Michele Green, jenis kulit merupakan faktor penting dalam menentukan pemilihan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk anda. " Tiada produk yang tidak baik cuma kadang-kadang orang yang mempunyai jenis kulit yang berbeza menggunakan produk yang salah bagi jenis kulit mereka." ujarnya.
Ini adalah bahan di dalam skincare yang di cadangkan oleh Dr Green mengikut jenis kulit :
- Untuk kulit berminyak - pilih produk yang mengandungi asid hydroxy alfa ,benzyl peroxide dan asid hyaluronik. Bahan-bahan ini berkesan dalam mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan manakala asid hyaluronik menghasilkan kelembapan di kawasan yang diperlukan
- Untuk kulit kering - pilih produk yang mengandungi shea butter dan asid laktik. Bahan-bahan ini memberikan penghidratan dan pengelupsan ringan agar kulit kering sentiasa kelihatan berseri.
- Untuk kulit sensitif - pilih produk yang mengandungi daun lidah buaya, oatmeal dan shea butter. Kesemua bahan ini merupakan pelembap yang baik dan biasanya tidak menyebabkan muka 'breakout'
2. Jangan Terikut Trend Terbaru
Ianya bagus bila kita mengikut trend terbaru supaya orang lain tidak melabelkan kita sebagai ketinggalan zaman. Namun perlu diingat produk trend terbaru tak semestinya sesuai dengan kulit kita
Kita masih perlu memeriksa setiap bahan yang digunakan di dalam sesuatu produk skincare tak kira berapa banyak ulasan positif yang diterima.
3. Tetapkan bajet
Skincare yang mahal tak semestinya sesuai dengan kulit kita. Kadang-kadang skincare yang boleh didapati di Watson mahupun Guardian lebih serasi dengan kulit kita berbanding skincare berjenama.
4. Mulakan Dengan Yang Basic
Untuk cuba produk skincare baru, boleh mulakan dengan rutin skincare yang basic
- Pencuci muka ( cleanser )
- Toner
- Pelembap + SPF
5. Bebas Bahan Kimia Berbahaya
Pilih skincare yang bebas dari 4 bahan kimia ini :
- Pewangi Tambahan - mempunyai kebarangkalian yang tingi boleh menyebabkan alergi dan kerengsaan pada kulit terutamanya kulit yang sensitif
- Sulfate - mudah ditemui dalam pencuci badan dan syampu.ia boleh menyebabkan rambut dan kulit kehilangan minyak semulajadi dan menyebabkan kerengsaan.
- Paraben - biasanya digunakan sebagai pengawet kimia untuk mencegah pertumbuhan bakteria.ia boleh menganggu kesimbangan hormon dalam badan dan penggunaan jangka masa lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara
- Formaldehyde - memainkan peranan penting sebagai pengawet bagi mengawal produk daripada rosak akibat tindakan bakteria , yis dan fungi.ia dikaitkan antara bahan yang boleh menyebabkan barah.
6. Teliti Bahan Yang Digunakan
Perhatikan 5 bahan utama yang disenaraikan dalam ramuan produk. Kebiasaanya ia mewakili 80% dari keseluruhan bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut.
7. Baca Review Pengguna
Sebelum membuat keputusan membeli sesuatu produk skincare, boleh baca review pengguna yang boleh didapati di internet atau dengar sendiri pengalaman individu tersebut.
Terdapat lambakan skincare di pasaran sampai kita tak tahu mana satu yang sesuai dengan kulit kita.
Kak shima sendiri sering bertukar skincare sebab tidak serasi. Jenis kulit sensitif macam kak shima memang selalu perlu ' try and error '. Alhamdulillah kak shima sekarang guna Youth skincare dari Shaklee.
Moga entry ini dapat membantu anda semua dalam membuat pemilihan skincare yang sesuai dan baik untuk kulit anda :)
20 Comments
Saya setuju, kita tak perlu terburu-buru untuk mencuba keluaran kosmetik terbaharu. Tidak semuanya sesuai dengan kulit kita. Lebih baik gunakan yang memang sudah serasi dengan kulit kita.
ReplyDeleteBetul tu kak amie 😊
DeleteSetuju..semua tips yg bagus.
ReplyDeletekalau sy review pengguna tu penting sekali
Alhamdulillah 😊
Deletekulit atie yg jenis kering ni, klu tak jaga mmg melupas :(
ReplyDeleteMaybe atie boleh cari produk yang ada shea butter dan asid laktik
Deletememang kena beli dan plih yang sesuai..
ReplyDeletekalau break out ya Allah seksa !!
Betul tu,siti. Kalu muka breakout, boleh murung dibuatnya 😥
DeleteTerbaik tip dari kak shima ni. Memang penting memilih bab ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga bermanfaat untuk semua 🥰
Deletehai,jemput join GA saya..
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
hai cuya! InsyaAllah nnti join yea :)
Deletekite pun pakai yang basic je hehe
ReplyDeleteskincare yang basic paling selamat. nnti dah serasi boleh add on produk lain :)
DeleteMemang beli pencuci muka sebab baca komen pengguna.
ReplyDeleteKadang-kadang review dr pengguna lain penting juga sebelum nak cuba skincare baru :)
DeleteTrend sekarang ni suka ikut-ikut apa yang orang gunakan tanpa kaji sesuai atau x dengan kulit sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Susah juga nak cari produk sesuai dengan kulit masing-masing.
ReplyDeletegood info tq for sharing ye
ReplyDeleteBetul. Pemilihan Skincare yang tepat akan bantu pulihkan masalah kulit kita
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)