Sekarang negara kita sedang menjalankan program imunisasi kebangsaan covid-19 berskala besar dalam usaha membentuk imuniti berkelompok ( herd imunity ). Ianya adalah usaha kerajaan bagi membolehkan kita boleh keluar dari wabak pandemik covid-19 ini yang telah melanda dunia sejak akhir 2019.
Apa Itu Vaksin?
Vaksin dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus.
Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti badan. Vaksin membantu sistem imun mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia diserang kuman sebenar.
Fasa 2 ( April - Ogos 2021 )
Dalam erti kata lain, vaksin covid-19 ini membantu sistem imun badan mengenal pasti virus atau kuman supaya sistem imun badan kita bersedia apabila diserang virus sebenar.
Adakah Vaksin Selamat ?
Jenis-jenis Vaksin Covid 19 Di Malaysia
1. Pfizer - vaksin mRNA dari Amerika Syarikat. Perlu suntikan 2 dos
2. Astra Zeneca - vaksin berasaskan Adenoviral dari Britain. Perlu suntikan 2 dos
3. Sinovac - vaksin virus tak teraktif dari China. Perlu suntikan 2 dos
4. Sputnik V - vaksin berasaskan Adenoviral dari Rusia. Perlu suntikan 2 dos
5. CanSinoBio - vaksin berasaskan Adenoviral dari China. Perlu suntikan 1 dos
6. Vaksin Covid 19 Sinopharm - baru dapat kelulusan pendaftaran bersyarat oleh KKM pada 16 Julai 2021
7. Janssen Vaksin Covid 19 Suspension For Injection . Perlu suntikan 1 dos.- baru dapat kelulusan pendaftaran bersyarat dari KKM pada 16 Julai 2021
Jenis-jenis Vaksin Covid-19 Di Malaysia |
Adakah Vaksin Selamat ?
Setiap vaksin adalah selamat, berkesan dan stabil.
- Selamat - tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan penerima dan populasi
- Berkesan - vaksin covid-19 telah dibuktikan berkesan melindungi diri dari penyakit
- Stabil - vaksin yang diterima adalah stabil dan tidak berubah bentuk dan aktiviti biologi dalam tempoh penyimpanan.
Strategi Pemberian Vaksin-19 di Malaysia
Pemberian vaksin adalah secara sukarela dan diberikan percuma kepada semua ( warganegara dan bukan warganegara ). Ia dilakukan dalam 3 fasa :
Fasa 1 ( Februari - April 2021 )
Kumpulan Utama 1 - petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta.
Kumpulan Utama 2 - petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting ( essential ) dan pertahanan
*Sasaran 500,000 orang
Fasa 2 ( April - Ogos 2021 )
Kumpulan Utama 1- baki kakitangan penjaga kesihatan penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan
Kumpulan Utama 2 - warga emas berumur 60tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya ( OKU )
* Sasaran 9.4juta orang
Fasa 3 ( Mei 2021 - Februari 2022 )
Kumpulan Utama - penduduk berumur 18 tahun ke atas ( warganegara dan bukan warganegara ). keutamaan diberikan kepada zon merah, zon kuning dan kemudian zon hijau
* Sasaran 13.7juta orang / lebih
Kesan Sampingan Vaksin Covid-19
Kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini adalah ringan. Antaranya ialah :
- sakit / bengkak / kemerahan di tempat suntikan
- penat
- sakit kepala yang berpanjangan
- mengigil
- sakit sendi
- demam
- rasa loya
- rasa tidak sihat
- bengkak kelenjar limfa
Boleh baca pengalaman kak shima mengambil vaksin covid-19 di sini :
10 Comments
Saya sudah 2 dos Sinovac.. Moga menjadi asbab kepada penambahan imunisasi badan.
ReplyDeletealhamdulillah en fairus.moga Allah hilangkan virus covid-19 ini dari muka bumi nie ameen
DeleteSetel juga 2 dos AZ... Semoga cpt laaa dpt penawar bg kuman covid ni
ReplyDeleteAlhamdulillah Ako. Ameen Ameen Ameen yra :)
Deletemasih lg menunggu giliran...
ReplyDeleteInsyaAllah tak lama lagi dapatlah giliran tuk cucuk vaksin hehehe
DeleteBestnya tengok ramai dah settle. Naniey belum lagi ...
ReplyDeleteInsya Allah coming sooon :)
Deleteterbaru mama baca moderna pula kan
ReplyDeletehaah mama. vaksin moderna dah masuk list hehehe
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)