Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah


Niat Puasa, Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah | Hari ini 9 Zulhijjah hari Arafah antara hari istimewa bagi kita umat Islam. Bagi kita yang tidak berpeluang mengerjakan haji ketika ini, berpuasa di hari Arafah memiliki ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT.

Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah
Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah



Niat Puasa Hari Arafah

Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah
Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah


Kelebihan Puasa Hari Arafah

Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah
Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah

" Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang " Riwayat Muslim.

Doa Di Hari Arafah

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
( simpan sini untuk rujukan di masa depan )

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.

Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah

Niat Puasa , Doa Dan Zikir Yang Boleh Diamalkan Di Hari Arafah

" Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku " iaitu

" Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya, kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu " ( Hadis diriwayatkan oleh Al-Tarmizi

Semoga Allah SWT perkenankan semua doa-doa kita, aamiin yra !



Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamudilillah.. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semoga ibadah kita diberkati Allah. Aaamin...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha NA 😘😘

      Delete
  4. semoga puasa hari Arafah kita diterima oleh Allah s.w.t. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Salam, ada perkongsian, senang buat rujukkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)