Tips Untuk Kelihatan Awet Muda Dengan 5 Langkah Mudah | Kita semua akan tua . Namun tiada salahnya untuk kita memperlahankan proses penuaan ini agar kita boleh menjalani hidup dengan rasa gembira dan sihat sentiasa.
Di sini kak shima kongsikan Tips Untuk Kelihatan Awet Muda Dengan 5 Langkah Mudah :)
Kolagen boleh dijumpai banyak di bawah kulit. Ianya memberikan struktur dan mengekalkan keanjalan kulit. Menambah pengambilan kolagen dalam diet harian sangat digalakkan kerana ianya meremajakan kulit dari dalam, mengekalkannya dan mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
Penghasilan kolagen lebih efektif bila diambil bersama Vitamin C kerana ia membantu menghubungkan kolagen sekaligus menjadikan kulit semakin anjal dan awet muda.
Tips: Carilah supplemen kolagen yang ada berat molekul rendah pada 1,000 dalton untuk penyerapan yang lebih baik bagi meningkatkan sintesis kolagen.
2. Makanan Tambahan Vitamin C
Vitamin C berupaya meningkatkan keupayaan kulit untuk memulihkan dirinya sendiri , yang mengurangkan kedutan dan melembutkan kulit yang kering dan kasar.
Ianya bertindak sebagai antioksidan yang meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga komponen penting dalam sintesis kolagen yang membantu meningkatkan keanjalan, kelembutan dan kesihatan kulit.
Tips : Pilih Vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat supaya badan anda dapat menyerap dos Vitamin C yang diperlukan dengan berkesan.
3. Ambil Asid Lemak Penting
Kita selalu dimomokkan lemak tidak baik untuk kesihatan. Namun ada 1 jenis lemak yang penting untuk tubuh kita iaitu asid lemak perlu ( asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6 ).
Makanan yang kaya dengan asid lemak perlu ini bermanfaat dalam mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit anda, menambah baik penampilan kulit yang kelihatan berumur dan kusam.
Dengan menukar diet harian kepada yang lebih sihat seperti amalkan makan ikan salmon atau ikan berminyak lain, sayur-sayuran berdaun, kekacang dan bijiran dapat membantu anda untuk memiliki kulit yang sihat dan muda.
Tips : Cari supplemen dengan 3 penyulingan molekul untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya dan dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan
4. Pilih Dan Amalkan Produk Penjagaan Kulit Yang Betul
Kulit yang sempurna bermula dengan pemilihan produk penjagaan kulit yang betul. Pilihlah produk penjagaan kulit berasaskan semulajadi seperti YOUTH. Ianya dihasilkan menggunakan bahan-bahan botani dan menjalani ujian klinikal selama 8 tahun sebeleum dipasarkan.
Kelebihan pilih produk dari bahan semulajadi :
- Bebas dari bahan kimia berbahaya
- Lebih selamat
- Lebih berkesan
- Bahan-bahan yang dipilih berkualiti
5. Amalkan Banyak Minum Air Kosong
Minum sekurang-sekurang 8 gelas air kerana dehidrasi boleh menyebabkan pelbagai masalah pada kulit. Antaranya jerawat, kedutan halus dan tompok-tompok kulit kering.
Jadi adalah penting untuk minum air kosong secukupnya agar kulit kekal lembap, gebu dan dapat mengurangkan kedutan halus di wajah.
Tips : Untuk beri kelainan pada air kosong, boleh tambah hirisan buah-buahan kegemaran anda untuk menimbulkan rasa suka minum air kosong
Moga bermanfaat untuk semua :)
12 Comments
good sharing..
ReplyDeleteNaniey pernah makan supplemen yg ada kolagen n rasanya tak sesuai sbb lepas makan kulit jdi gatal2 kat bawah lengan. lepas stop baru ok.
Maybe naniey tak sesuai dengan supplemen tu kot 😊
DeleteDan jangan lupa ceria-ceria selalu..
ReplyDeleteIya betul tu en faris 😊
Deletepenuaan memang x dpt dielakkan cuma kita bisa perlahankannya. dok gitu?
ReplyDeletebetul tu abam kie :)
DeleteTErima kasih sudi share tips ni. cuma saya dah stop makan collagen bertahun2. sbb effect tak best kt badan.
ReplyDeletesama-sama.maybe boleh check collagen itu ada kelulusan kkm x :)
DeleteTerima kasih untuk tips ni kak. Paling mudah minum air kosong tu :)
ReplyDeletesama-sama fiza. jom ler kita sama2 amalkan :)
DeleteImpian nak awet muda, tekun dengan amalan, betul tu minum air kosong yang mudah..
ReplyDeletebanyak manfaat minum air kosong ini cuma ramai antara kita yang kurang minum air kosong hehehe
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)