Kebaikan Omega 3 Untuk Ibu Hamil | Memandangkan 2 tahun pertama bayi merupakan masa kritikal untuk perkembangan otak bayi, asid lemak Omega 3 DHA & EPA patut menjadi elemen penting dalam pemakanan ibu dan bayi.
Asid lemak Omega 3 DHA berperanan penting dalam membantu membina dan mengembangkan sel saraf dan penglihatan bayi manakala asid lemak Omega 3 EPA pula berfungsi menguatkan sistem imun bayi dan mengurangkan risiko mendapat alahan
Kepentingan Omega 3 Sebelum Kehamilan
Sebelum merancang kehamilan, pengambilan Omega 3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk mengandung kerana ia :
Wanita aka ibu
- Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
- Membantu mengatur kitaran haid
- Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung
- Meningkatkan kepekatan sperma
- Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.
Kepentingan Omega 3 Semasa Kehamilan
Ibu
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang
- Menggalakkan tempoh kehamilan optimum
- Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia ( tekanan darah tinggi semasa kehamilan )
- Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat
- Memudahkan perkembangan mata dan struktur otak dengan sewajarnya ketika di dalam janin.
- Menggurangkan risiko bayi mengalami alahan
- Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga
Perkongsian yang baik.
ReplyDeleteTerima kasih en fairus
DeleteSangat sangat penting. Ada sesetengah orang tak boleh telan ubat masa pregnant perlu gagahkan juga demi baby dalam kandungan dan juga diri sendiri.
ReplyDeletekan naniey. redah semua demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan :)
Delete