Semasa hamil, bagi yang beragama Islam sangatlah dianjurkan mengamalkan surah-surah pilihan dari Al-Quran agar bayi yang bakal dilahirkan jadi anak yang soleh dan solehah.
Dalam buku Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata oleh Ustaz Hj. Taib Azamudden Md. Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukur, muka surat 13 ada menyebut bahawa Imam Syafie semasa dalam kandungan, ibunya sentiasa membaca surah Al Fatihah dan surah Yassin dan menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.
Sebab itu tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal Al-Quran 30 juzu' sejak umurnya 7 tahun kerana beliau telah belajar Al-Quran sejak dalam kandungan lagi.
Surah-Surah Pilihan Ketika Hamil
1. Surah Al Fatihah
Untuk terang hati dan kuat ingatan
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
3. Surah Luqman
Untuk mendapat anak cerdik akal dan cerdik jiwa
4. Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5. Surah Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan dapat anak yang ada sifat berhati-hati
6. Surah Yassin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Surah At Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
8. Surah An Nahl
Untuk dapat anak yang berdisiplin
Baca juga :
6 Cabaran Ibu Hamil Dan Cara Menanganinya
Sebagai ibu bapa, pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Boleh amalkan surah-surah pilihan dari Al Quran ini sebagai usaha kita sejak anak dalam kandungan lagi.
5 Comments
Alhamdulillah.. kebetulan, isteri saya sedang hamil nak ke-5.. Baru awal bulan lagi ni.. Doakan kandungannya baik-baik saja.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan isteri En Fairus sampai bersalin nanti
DeleteThanks for sharing. Isteri dah x hamil. Anak dah lima. Cukup dah tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah Abam Kie :)
DeleteTerima kasih untuk perkongsian ni kak. Ada rezeki mengandung boleh amalkan.
ReplyDeleteJika tidak, amalkan untuk bacaan harian pun ada pahalanya :)
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)