Wednesday, 15 September 2021

Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani

Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani | Overclaim tak? Hehehe. Dalam banyak-banyak orang jual laksa di Shah Alam, kak shima pasti akan beli laksa di sini. Aisyah pun suka makan laksa ini jugak. Laksa yang dijual cukup pakej - pekat, sedap dan murah. 1 bungkus laksa RM5.00

Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani
Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani

Kedai laksa yang kak shima maksudkan adalah Kedai Nurin Rasa. ianya terletak di Kampung Padang Jawa, Shah Alam.

Sebenarnya banyak lagi menu makanan yang disediakan di sini. Antaranya :
  • Set nasi ayam
  • Set nasi ikan bawal
  • Set nasi ikan keli 
  • Bihun sup
  • Pasembor
  • Laksa
Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani
Menu-menu yang boleh dinikmati di Nurin Rasa

Semua menu ini kak shima dah rasa. Alhamdulillah sedap dan kena dengan tekak kak shima. Harga pun berpatutan.
 
Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani
Laksa Paling Sedap Di Shah Alam Favourite Shima Jelani

Tengok itu Aisyah kusyuk makan laksa. Memang 1 bungkus untuk dia seorang. Dia biasa makan laksa + telur saja. Sayur dan rencah yang lain masuk mangkuk ayahnya. Seorang yang tidak suka makan sayur hehehe

Jadi , jika anda semua terasa nak makan laksa di Nurin Rasa , Padang Jawa ini boleh datang ke kedai ini ikut alamat :

Nurin Rasa ,
642, Jalan Mat Raji,  
Kampung Padang Jawa, 
40200 Shah Alam, Selangor

Okaylah selamat menjamu selera pada semua penggemar laksa yang tercari-cari laksa sedap di Shah Alam.




1 comment:

  1. Selamat menikmati laksa.. Nasib baik saya tak makan laksa.. hihi. Tak pandai makan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.