![]() |
Punca Dan Gejala Sakit Sendi |
Punca Dan Gejala Sakit Sendi | Sakit sendi bukanlah penyakit yang serius namun impaknya pada pengidap sangat besar kerana ia boleh menganggu rutin harian.
Kenali Sendi Manusia
Pada setiap hujung tulang manusia terdapat tulang rawan yang lembut. Ia bertindak melicinkan pergerakan dan mengelakkan pergeseran antara tulang yang akan menyebabkan rasa sakit. Pada bahagian tulang bersambung inilah yang dikenali sebagai sendi.
Tulang sendi boleh ditemui di bahagian kebanyakan bahagian dalam badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, lutut dan jari-jemari.
Apa itu Sakit Sendi?
Kesakitan adalah rasa sensasi yang subjektif untuk ditakrifkan dan ianya bergantung pada penilaian seseorang itu. Ianya boleh terbahagi kepada sakit secara fizikal, mental atau berpunca oleh penyakit lain malah dekripsi mengenainya juga berbeza mengikut lokasi, jangka masa dan ciri-ciri kesakitan yang dialami.
Punca Sakit Sendi
Boleh disimpulkan sakit sendi bukanlah disebabkan oleh kerosakan pada sendi. Ia biasanya berpunca dari lapisan tisu luaran , otot , ligamen atau pangkal saraf. Tulang jarang jadi penyebab kepada sakit sendi.
- Berat badan berlebihan
- Kecacatan pada tulang belakang atau tangan dan kaki
- Kecederaan ( kemalangan , bersukan dan sebagainya )
- Penyakit sendi seperti arthiritis
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Penaykit kronik
- Ubat-ubatan
- kemerahan pada sendi
- bengkak sendi yang berlaku secara tiba-tiba
- ketidakupayaan dalam menggerakkan sendi
- sakit sendi yang ringan akan reda bila dapat rehat secukupnya dan guna 'splint' (pengampu) untuk kurangkan pergerakan.
- guna ' cold pack ' pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk kurangkan bengkak dan kemerahan
- gunakan ubat tahan sakit NSAIDS untuk kurangkan kesakitan
- kurangkan berat badan
- gunakan kasut bertumit rendah
- bijak tangani stress
- dapatkan nasihat dari pakar perubatan
3 Comments
Moga-moga kita semua terhindar dari segala macam penyakit yang ada dalam dunia ini..
ReplyDeleteAamiin yra :)
Deleterasanya time2 PKP ni, WFH, ramai yang sakit sendi.. kurang exercise..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)