Bila Masa Perlu Pakai Krim Perlindungan Sinar UV? | Tahu tak sinaran ultraungu dari matahari merupakan penyumbang utama kepada kerosakan kulit.
90% kulit kita boleh mengalami pra penuaan apabila terdedah pada sinar matahari tanpa sebarang perlindungan.
Lebih-lebih lagi kita tinggal di Malaysia yang sentiasa dapat sinar matahari sepanjang tahun. Tak boleh lari mana hihihi.
Apa itu sinaran Ultraungu ( UV )?
Bentuk paling biasa Ultraungu ( UV ) adalah sinaran matahari. Matahari menghasilkan 2 jenis sinar :
1. Sinar UVA - dapat menembusi masuk jauh dalam kulit, memecahkan kolagen dan elastin
Kesan sinar UVA :
- kedutan
- kesan tompok gelap
- kerosakan pada kulit akibat sinar matahari
- garis halus
2. Sinar UVB - cenderung merosakkan lapisan atas kulit
Kesan sinar UVB :
- kulit terbakar ( sunburn )
- kerosakan DNA dalam sel kulit
- kanser kulit
Bila Masa Perlu Pakai Krim Perlindungan Sinar UV?
Setiap masa kita perlu pakai krim perlindungan sinar UV. Tak kiralah kita berada di dalam rumah atau luar rumah.
Sebab sinar UV berada di sekeliling kita. Tak kira berapa banyak pigmen yang berada dalam kulit kita.
Berikut antara sebab anda perlu sentiasa memakai krim perlindungan UV tak kira di mana anda berada :
Tips : Tintedkan cermin kereta / pejabat atau rumah bagi mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.
Cahaya Biru
Cahaya biru atau juga dikenali sebagai Cahaya Biru Bertenaga Tinggi ( HEV ) adalah cahaya yang dikeluarkan oleh telefon bimbit, skrin tablet dan komputer.
Kajian telah membuktikan ia boleh menembusi kulit dan menyebabkan hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.
Tips : Sapukan semula krim perlindungan UV setiap beberapa jam untuk perlindungan yang secukupnya.
4 Tip Pemilihan Krim Perlindungan UV yang baik
1. Pilih krim perlindungan UV yang bersifat 'broad spectrum'
Maksudnya ia boleh melindungi kulit anda daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB.
2. Pilih SPF minimum 30. Lebih tinggi lebih baik
SPF ini digunapakai untuk kita anggarkan jumlah sinar UVB yang diperlukan untuk membakar kulit bila kita pakai krim perlindungan UV itu
Cara kiraan :
Nombor SPF x Masa Kulit Terbakar Tanpa Perlindungan = Masa Kulit Terbakar Dengan Perlindungan
3. Bersifat 'mineral sunscreen'
Cari krim perlindungan yang dihasilkan dari sumber tumbuhan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya supaya selamat untuk digunakan.
4. Mengandungi 'zinc oxide'
Beli krim perlindungan UV yang ada zinc oxide kerana zinc oxide berfungsi dengan memantulkan sinar UV. Tidak seperti bahan lain yang menyerap sinar UV dan menyebabkan kulit kita panas.
Moga bermanfaat untuk semua :)
Shima JelaniPengedar Sah Shaklee
ID 1142543 | 0122043175
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)