Youth BB Cream Produk Terbaru Shaklee Untuk Kulit Berseri | Teruja bila Shaklee nak pasarkan Youth BB Cream di Malaysia. Sejujurnya kak shima tak pernah guna BB cream.
Tetapi bila baca keistimewaan Youth BB Cream , teringin juga nak main calit-calit BB Cream di kulit wajah hehehe
Apa itu BB Cream?
BB cream ini sebenarnya 'blemish balm' atau 'beauty balm' ( BB ). Ianya produk kosmetik wajah yang berbentuk krim. Fungsi utamanya adalah meratakan tona kulit wajah dan menutup kemerahan.
Jika dibandingkan dengan krim penyamaran kulit yang lain, BB Cream lebih sempurna sebagai asas dan pelembap di samping ia juga mengandungi pelindung matahari atau ' sunblock '.
5 Bahan Utama Youth BB Cream
1. Argania Spinosa ( Minyak Argan )
- Mempunyai kandungan anti penuaan yang memberi manfaat dalam meningkatkan keanjalan kulit
- Melembapkan dan menghidratkan kulit
- Mengandungi anti oksidan yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV
2. Anggur Muscadine
- Antara bahan premium Shaklee. Ada dalam Vivix , ResV dan rangkaian produk Youth
- Tinggi antioksidan.
- Mempunyai bahan anti oksidan dan anti keradangan.
3. Alga Hijau
- Bersifat lembap dan mampu menghidratkan kulit
- Tinggi antioksidan
- Mampu mengekalkan keremajaan kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV
4. Minyak Kelapa
- Mengurangkan kekeringan dan membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Mempunyai sifat pelindung
- Membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan
- Dapat melegakan kulit yang iritasi disebabkan kekeringan
5. Minyak Biji Moringa
- Menyediakan pelindung kepada bakteria ( anti bakteria )
- Antioksidan
- Antipenuaan
- Membantu meremajakan kulit
- Membantu melembapkan kulit yang kering
6 Kelebihan Youth BB Cream
1. Tektur Ringan - Ia mudah mix dengan warna kulit secara semulajadi.
2. Tona Semulajadi - Untuk pasaran Malaysia, Shaklee bawakan 2 tona iaitu kod 2 & kod 3 yang sesuai untuk kulit orang Asia. Ia akan memberikan " glow " secara semulajadi tanpa mengubah warna kulit.
3. Tahan Lama - Ia boleh tahan sehingga 8 jam dan mesra wuduk ( mudah ditanggalkan ).
4. Formula Semulajadi - Ianya 100% vegan dari bahan semulajadi , kaya dengan antioksidan dan bebas dari 1,500 bahan kimia berbahaya. Ia membantu mencantikkan kulit tanpa merosakkannya.
5. Lembut Dan Hidrasi - Ia memastikan kulit anda terhidrat dan sempurna untuk sebarang keadaan.
Promosi Youth BB Cream
Sempena pelancarannya bulan ini, Shaklee mengadakan Promosi Youth BB Cream.
Beli 2 dapat FREE brush dia. Senang nak guna Youth BB Cream nanti. Kod tu boleh pilih mana-mana yang kita nak. Boleh campur atau pilih 2-2 kod yang sama.
Baca juga :
Untuk lebih penjimatan, boleh daftar sebagai ahli Shaklee dengan klik sini
Boleh juga hubungi kak shima di 012-2043175 untuk belian atau klik sahaja ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini:)
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)