Tulang Yang Rapuh : 5 Tabiat Yang Boleh Sebabkan Osteoporosis


Tulang Yang Rapuh : 5 Tabiat Yang Boleh Sebabkan Osteoporosis

Tulang Yang Rapuh : 5 Tabiat Yang Boleh Sebabkan Osteoporosis | Tahukah anda bahawa gaya hidup dan diet harian anda memainkan peranan penting dalam memastikan kalsium dan nutrisi pembinaan tulang yang lain dapat diserap dan dikekalkan dalam tubuh.

Fakta Mengenai Osteoporosis

  • Di Malaysia, osteoporosis kekal sebagai penyakit yang jarang didiagnosis dan tidak dirawat.
  • 1 dalam 3 wanita dan 1 dalam 5 lelaki akan mengalami patah tulang sepanjang hayat mereka.
  • 1 dalam 3 pesakit yang mengalami patah tulang pinggul akan mengalaminya semula dalam tempoh setahun kemudian
  • 27%  wanita dan 37% lelaki yang patah tulang pinggul akan meninggal dunia dalam masa 1 tahun
  • Lebih 80% kes patah tulang pada orang yang berumur 50 tahun adalah disebabkan oleh osteoporosis
  • Wanita dan lelaki mula kehilangan ketumpatan tulang pada pertengahan usia 30an.
Berikut 5 tabiat boleh mempengaruhi simpanan kalsium dalam tubuh kita :

1. Makanan Tinggi Garam

Lebih banyak garam yang anda makan, lebih banyak kalsium yang kita buang melalui air kencing. Jadi kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan pilih  altenatif rendah garam. 

Kajian mendapati wanita yang telah menopause dengan diet garam yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak mineral tulang berbanding wanita lain yang sama usia.

2. Pengambilan Berlebihan Minuman Soda

Kebanyakan minuman ringan berbikarbonat mengandungi asid fosforik yang boleh meningkatkan pembuangan kalsium melalui air kencing anda. Ada kajian yang mendapati bahawa wanita menopause yang kerap minum soda mempunyai risiko tingi patah tulang pinggul

3. Minuman Tinggi Kaffein

Anda kehilangan kira-kira 6mg kalsium untuk setiap 100mg kaffein yang anda minum. Kesan diuretik kaffein akan menyebabkan kehilangan kedua-dua air dan kalsium. Kesannya lebih ketara apabila anda mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari.

4. Daging Merah

Daging ada 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur daripada makanan berasaskan tumbuhan . Semasa proses penukaran sulfur kepada sulfat, nutrisi dalam tulang boleh larut ke dalam aliran darah dan dinyah ke dalam air kencing melalui buah pinggang.

5. Merokok

Terdapat kajian yang dilakukan terhadap kembar seiras menunjukkan bahawa perokok jangka panjang mempunyai risiko mengalami patah tulang 44% lebih tinggi berbanding kembar mereka yang tidak merokok.

Merokok mengurangkan bekalan darah ke tulang manakala nikotin dalam rokok boleh memperlahankan penghasilan sel-sel dalam tulang. Ia juga memberi kesan kepada kesimbangan estrogen yang penting untuk membina dan mengekalkan tulang.

Tulang yang kuat penting untuk menyokong pergerakan kita. Jadi kita perlu bekalkan kalsium yang secukupnya dan amalkan diet harian yang sihat untuk mengekalkan kesihatan tulang kita.





Post a Comment

2 Comments

  1. Daging merah favourite tu. Tapi banyak juga tak elok kalau makan berlebihan .

    ReplyDelete
  2. tq untuk perkongsian bermanfaat nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)