Wednesday, 9 February 2022

5 Tips Atasi Masalah Gastrik Semasa Puasa

5 Tips Atasi Masalah Gastrik Semasa Puasa | Bila tiba bulan puasa , mereka yang ada gastrik pasti gelisah bagaimana mereka mahu jalani ibadat puasa tanpa alami masalah ini. 

Gastrik sebenarnya berlaku bila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencerna makanan. Keadaan ini menyebabkan keradangan di lapisan perut.

Tanda-tanda Gastrik

Antara tanda-tanda gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • kembung perut
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • hilang selera makan
Faktor Penyebab Gastrik

Gastrik boleh berlaku disebabkan oleh :
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti  tahan sakit dan migran untuk tempoh yang lama
  • Jangkitan bakteria Helicobacter pylori ( H.pylori )
  • Tekanan atau stress
  • Pengambilan makanan proses segera yang tinggi kandungan kimia, pengawet dan cili
5 Tips Atasi Gastrik Semasa Puasa

Sebagai orang Islam, adalah kewajiban kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya berpuasa membantu organ percernaan untuk reset semula dan memulihkan sistem pencernaan kita.

Kak shima kongsikan 5 Tips Atasi Masalah Gastrik Semasa Puasa.

1. Makanan dan minuman yang perlu dielakkan

  • makanan bergoreng, berempah, pedas, berminyak
  • makanan dalam tin kerana kandungan asid yang tinggi
  • makanan yang berasid tinggi seperti limau, tomato, oren
  • minuman bergas
  • minuman berkafein seperti kopi, teh
2. Semasa berbuka
  • makan dalam kuantiti yang sederhana
  • jarakkan pengambilan makanan
  • contohnya berbuka puasa dengan segelas air dan buah kurma seterusnya solat Maghrib terlebih dahulu. 
  • kemudian barulah makan nasi dan lauk secara sederhana 
  • selepas solat terawih , boleh makan buah-buahan yang tidak berasid sebagai serat yang boleh bantu atasi sembelit di bulan puasa
3. Semasa sahur
  • disaran lewatkan sahur. 
  • minum susu atau air buah-buahan untuk elak gastrik
  • penting untuk mereka yang ada gastrik bahawa tabiat tidur selepas sahur dan berbuka boleh mengganggu sistem pencernaan dan menyebabkan gastrik.
4. Minum air kosong
  • saranan dari KKM digalakkan minum air kosong 8 gelas sehari
  • pengambilan air kosong yang mencukupi boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko gastrik


5. Sediakan ' First Aid ' Untuk Gastrik
  • sekiranya anda memang dalam rawatan dan diberikan ubat, ambil ubat mengikut preskripsi doktor.
  • ia sebenarnya dapat mengurangkan kebarangkalian anda untuk dapat gastrik
  • ini bermakna anda sebagai pesakit gastrik boleh berpuasa seperti orang lain
Sekiranya kerap gastrik, boleh berbincang dengan doktor yang merawat. Moga tips-tips ini dapat membantu mereka yang ada gastrik berpuasa penuh di bulan Ramadhan.


25 comments:

  1. ha,gitulah..memang kena standby sesiap kalau dah ada gastrik.kita yang xda gastrik pun boleh pedih perut kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah
    masih amalkan tips ni

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni. Tp sy amalkan esp dr shaklee mmg Alhamdulillah hilang terus masalah gastrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Cik Min sudi kongsi testimoni ESP Shaklee. Ramai juga yang suka ESP sebab bantu kurangkan gastrik

      Delete
  4. wah bagus tips ni.. tak sampai 60 hari kita nak berjumpa bulan puasa ni haa..sesuai sangat.. kesian kalau yang tak boleh berpuasa sebab gastrik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah! Bila kena gastrik, biasanya doktor sarankan buka puasa sebab kena makan ubat huhuhu

      Delete
  5. Alhamdulillah.. belum pernah lagi terkena gastrik time puasa sebelum-sebelum ni. Tapi tak tahulah akan datang nanti macam mana kan. Lagi-lagi badan dah masuk macam-macam plus makin berusia ni. InsyaAllah boleh amal tip Shima kongsikan ni.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah utk perkongsian, stkt ni xpernah lgi merasa gastrik masa bulan puasa

    ReplyDelete
  7. time tak puasa pun boleh kene gastrik. نعوذ بالله من ذلك
    thank you for the sharing

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah setakat ni belum pernah kena gastrik sebab rajin makan kot🤣.Tapi masa sekolah dulu memang rajjn kena sebab bab makan memang tak jaga

    ReplyDelete
  9. kalau gastrik nak makan produk shakleee yang mana satu ya? tapi dalam masa yang sama nak kurus. huuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba ESP Shaklee,Rina. Ia bagus untuk gastrik dan juga bantu kurangkan berat badan sebab buat kita kenyang untuk tempoh yang lama

      Rina boleh baca Keistimewaan ESP untuk gastrik di sini :-
      https://www.shimajelani.com/2020/05/keistimewaan-esp-untuk-gastrik.html

      Delete
  10. bagus tips ni.. puasa pun x lama dah. pakat2 amalkan.. sbb kena gastrik tu mmg sakit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit bila kena gastrik. Sakit yang tidak boleh bawak bincang :)

      Delete
  11. Saya pun ada gastrik yg agak teruk.
    Kalau x jaga, memang menangislah guling2 Kat lantai bila gastrik menyerang.
    Kalau bulan puasa, time berbuka memang akan minum air suam dulu, then makan nasi panas. Elak makanan yg berminyak.
    Tapi ubat2 tu wajib juga kena standby.

    ReplyDelete
  12. Moga dipermudahkan urusan mereka yang diuji sakit ni ketika berpuasa... InshaAllah.. pasti Allah permudahkan kerana niat untuk beribadah kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin yra. Moga Allah permudahkan urusan mereka :)

      Delete
  13. Ban makanan tu kan, kalau nak puasa memang ada makanan perlu dielakkan. Atul sendiri kalau tersilap makan mesti rasa tak selesa. Tapi alhamdulillah tak sampai Lena gastrik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kena berhati-hati pilih makanan tu Atul. Jenuh juga kalau dapat gastrik huhuhu

      Delete
  14. Borgata Online Casino | No Deposit Bonus Codes | 2021
    Casino online. Borgata online op사이트 casino, 온라인 카지노 추천 Borgata's online casino offers a large selection 카지노가입머니즉시지급 of slots. bet365 우회 Sign up for an bet365es account now and claim your bonus.

    ReplyDelete
  15. sahur tu jgn dittinggal insya allah

    ReplyDelete
  16. Terima kasih share tips ni. Sangat berguna. Penting tu kena pantang makanan yang tak boleh dimakan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)

Penafian

#Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee yang dikongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit masalah kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu

#Maklumat di blog shimajelani.blogspot.com adalah untuk rujukan umum semata. Terima Kasih.