Bila tiba bulan puasa, ramai yang ngadu susah nak cukupkan minum air kosong 8 gelas sehari. Di sini kak shima kongsikan macam mana nak cukupkan minum air kosong 8 gelas sehari.
Pengambilan air yang mencukupi 8 gelas sehari penting kerana :
- Air diperlukan untuk menyelaraskan suhu badan
- Air bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh
- Air menjadi agen pembuang bahan toksik
- Air diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ badan
Manakala kekurangan air dalam badan boleh :
- Meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan yang keterlaluan
- Boleh juga menyebabkan hidrasi yang akan membawa kepada masalah air kencing berbau kuat dan berwarna kuning pekat
Tips Minum 8 Gelas Air Kosong Di Bulan Puasa |
Cara minum adalah :
- 1 gelas selepas bangun sahur
- 1 gelas selepas sahur
- 1 gelas selepas azan Maghrib
- 1 gelas selepas solat Maghrib
- 1 gelas selepas makan berat
- 1 gelas selepas solat Isyak
- 1 gelas selepas solat Terawih
- 1 gelas sebelum tidur
Alhamdulillah cukup dah minum 8 gelas air untuk hari ini. Ini tak termasuk air bandung, air katira, air tebu dan air-air yang sama dengannya. Hanya air masak/air coway/air cuckoo/air mineral sahaja yang diambilkira.
Tips ini juga boleh diamalkan semasa anda berpuasa sunat atau puasa ganti.
Semoga dengan tips ini dapat membantu anda dalam mengamalkan pengambilan minum air kosong yang mencukupi sepanjang anda berpuasa:)
Tips tambahan :
Untuk mengekalkan kesegaran dan kekal terhidrat sepanjang bulan puasa , anda boleh juga amalkan Performance Drink yang kaya dengan OPTI-LYTE™ , iaitu campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat yang memberikan tenaga segera dan berterusan di samping menyokong penghidratan optimum. Ianya boleh diminum semasa berbuka dan bersahur. Memang membantu kekal segar sepanjang hari berpuasa alhamdulillah :)
Baca juga :
Semoga entry ini bermanfaat untuk semua.
Dikesempatan ini kak shima ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua dan semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)