Protein memainkan peranan penting dalam tubuh kita dari pembinaan sel-sel baru hingga ke pembentukan organ. Justera kekurangan protein dalam tubuh boleh menjejaskan kelangsungan hidup kita. Bahaya kan? Jom kita kenali simptom kekurangan protein.
8 Simptom Kekurangan Protein
1. Mudah Rasa Lapar
8 Simptom Kekurangan Protein - Mudah Rasa Lapar |
Kekurangan protein dalam tubuh menyebabkan anda mudah lapar. Kerana protein menjaga kadar glukosa ( gula ). Apabila jumlah protein tidak mencukupi, secara automatik paras glukosa menjadi tidak stabil. Ini akan membuatkan anda kerap makan seolah-olah tubuh tidak mendapat sumber tenaga yang cukup
8 Simptom Kekurangan Protein - Penurunan Fungsi Otak |
Selain mudah lapar, kekurangan protein boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak stabil ( naik - turun ) akan memberi kesan kepada otak. Otak menjadi sukar untuk fokus, berfikir dan mudah pening kepala apabila kekurangan protein.
3. Otot Mudah Kejang
8 Simptom Kekurangan Protein - Otot Mudah Kejang |
Protein berfungsi untuk membantu pertumbuhan dan kekuatan otot. Apabila yubuh kekurangan protein, otot akan menjadi lemah dan anda mudah mengalami kekejangan otot.
4. Mudah Sakit Dan Luka Lambat Sembuh
8 Simptom Kekurangan Protein - Mudah Sakit Dan Luka Lambat Sembuh |
Apabila jumlah protein dalam tubuh tidak mencukupi, maka tubuh menjadi lemah untuk melawan zat asing dan bakteria. Kekurangan protein akan menurunkan jumlah sel darah putih baru. Maka ia membuatkan luka lebih lama untuk sembuh dan sistem imun lemah.
5. Masalah Kulit , Kuku Dan Rambut
8 Simptom Kekurangan Protein - Masalah Kulit, Kukuk Dan Rambut |
Kekurangan protein sering meninggalkan tanda pada kulit, rambut dan kuku kerana sebahagian besarnya dihasilkan dari protein. Antara contoh ialah kulit yang pecah, kemerahan dan tompok kulit yang diturunkan. Rambut boleh menipis, warna menjadi pudar dan kuku rapuh.
6. Masalah Pertumbuhan Kanak-kanak
8 Simptom Kekurangan Protein - Masalah Pertumbuhan Kanak - Kanak |
Protein bukan sahaja membantu mengekalkan otot dan jisim tulang, tetapi ia juga penting untuk pertumbuhan badan. Oleh itu, kekurangan protein sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang badannya memerlukan bekalan yang mencukupi
8 Simptom Kekurangan Protein - Risiko Tulang Rapuh |
Tidak mengambil protein yang cukup boleh melemahkan tulang anda dan meningkatkan risiko patah tulang. Satu kajian mengenai wanita postmenopausal yang patah tulang pinggul menunjukkan bahawa mengambil 20 gram supplemen protein setiap hari selama setengah tahun melambatkan kehilangan tulang sebanyak 2.3%
8. Edema
8 Simptom Kekurangan Protein - Edema |
Penyakit edema adalah pengumpulan cecair yang tidak normal dalam tisu tertentu dalam tubuh. Hal ini terjadi apabila protein yang seharusnya membantu mengatur dan menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit dalam tubuh tidak seimbang. Pembengkakan ini sering terjadi di perut, tangan , pergelangan kaki dan kaki.
ESP aka protein Shaklee menjadi pilihan kak shima
ESP membekalkan 14gram protein dalam 1 hidangan |
Nak tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee, boleh contact kak shima yer. Hubungi kak shima di 0122043175 atau klik kotak di bawah. InsyaAllah kak shima sedia membantu.
3 Comments
Betapa pentingnya protein..
ReplyDeleteKan : )
DeleteCT makan juga ni tapi x consisten ihik =D
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)