Vitamin C Untuk Kulit Cantik Berseri |
Vitamin C Untuk Kulit Cantik Berseri | Semua orang baik lelaki ataupun wanita selalu inginkan kulit yang sentiasa sihat dan bebas jerawat. Korang tau tak Vitamin C adalah antara nutrisi penting yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang sihat.
Vitamin C atau nama saintifiknya L-ascorbic Acid adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar di dalam badan. Sebarang lebihan vitamin C akan dikumuhkan melalui air kencing. Ini bermakna kita perlu mengambil vitamin C setiap hari sama ada dari diet harian ataupun dengan pengambilan supplemen tambahan.
Buah-buahan dan sayuran merupakan sumber terbaik vitamin C
Boleh baca sini :
Sumber Vitamin C Dari Buah Dan Sayuran
Kebaikan Vitamin C Pada Kulit
Terdapat lambakan supplemen vitamin C di pasaran. Supplemen ini ada yang dalam bentuk tablet ataupun serbuk. Ianya menjadi kegemaran semua dalam menadapatkan kulit yang sihat dan cantik.
1. Penghasilan Kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam membina dan menghasilkan kolagen bagi mendapat kulit yang berseri. Semakin meningkat usia kita, semakin menurun panghasilan kolagen dalam badan.Oleh itu, pengambilan vitamin c yang berterusan dalam bentuk supplemen dapat memberi kesan kepada penghasilan kolagen terutamanya bila usia kita makin meningkat.
2. Menghasilkan Kulit Yang Berseri
"Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas yang berbahaya pada kulit" menurut Dr. Patricia Wexler, seorang pakar kulit dari Amerika Syarikat. Beliau juga berpendapat disebabkan sifat antioksidannya, Vitamin C membantu dalam proses pembaharuan semulajadi kulit kita sekaligus membantu pembaikan sel-sel kulit yang rosak.
3. Menghalang Pembentukan Pigmentasi
Kulit muka anda ada banyak tompok hitam? Ianya berasal dari pigmen yang berperanan memberi warna pada kulit. Apabila dikeluarkan secara berlebihan , kulit anda akan menjadi gelap pada sebahagian atau keseluruhan tubuh badan. Vitamin C menghalang malignan sekaligus menghalang penyahwarnaan dan memulihkan kerosakan sel-sel kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Namun proses untuk menghilang pigmentasi ini megambil masa yang lama untuk pulih walaupun menggunakan Vitamin C pada dos yang tinggi.
Fakta :Manusia tidak berupaya menghasilkan Vitamin C berbanding haiwan. Mamalia seperti lembu dan kucing boleh menghasilkan Vitamin C sendiri.
Oleh yang demikian, kita perlu mengambil Vitamin C yang mencukupi setiap hari sama ada dari diet harian mahupun supplemen tambahan bagi mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat
2 Comments
abam kie ada beli vitamin C di farmasi je sbg supplement...
ReplyDeleteOk dah tu abam kie. At least dah ada protection dari dalam tuk kulit kita :)
DeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)