Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Covid-19. Nama yang kini menjadi sebutan di seluruh dunia. Dek kerana penangannya, Malaysia telah mengarahkan semua rakyatnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18hb -31hb Mac 2020 sebelum dilanjutkan ke fasa ll 1hb April - 14hb April 2020.

Ramai yang mengeluh dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini. Susulan dari itu, Jumaat lepas Perdana Menteri ( PM ) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ( PRIHATIN ) yang bernilai RM250 bilion. Semua pihak menerima manfaat dari pakej ini di mana beliau menekankan " no one will left behind".

Di dalam pakej ini, terdapat Bantuan Prihatin Nasional ( BPN ) di mana rakyat menjadi tumpuan utama yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18hb Mac dan dilanjutkan hingga 14hb April 2020.

Siapa yang layak?
Golongan B40

1) Isi rumah

  • Kahwin 
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020
  • Pendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah
2) Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020.
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas ( 60 tahun dan ke atas )
  • Pendapatan bujang adalah RM2000 dan ke bawah

Golongan M40

1) Isi rumah
  • Kahwin
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian
  • Pendapatan bulanan RM4001 hingga RM8000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan ( BNCP ) 2020

2) Bujang
  • Berstatus bujang dalam data percukaian
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan adalah RM2001 - RM4000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan ( BNCP ) 2020.

Jom kita tengok berapa kita dapat :)

1. Pendapatan Isi Rumah RM4,000 dan Ke Bawah

Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )
Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Jumlah bayaran yang diterima RM1,600.00. Dibayar pada:
  • April - RM1,000
  • Mei - RM600

2. Golongan Berpendapatan RM4,001 - RM8,000
Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )
Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Jumlah bayaran yang diterima RM1,000. Dibayar pada:
  • April - RM500
  • Mei - RM500
3. Golongan Bujang Berpendapatan RM2000 ke bawah


Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )
Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Jumlah bayaran diterima RM800. Dibayar pada :
  • April - RM500
  • Mei - RM300


4. Golongan Bujang Berpendapatan RM2001 - RM4000

Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )
Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Jumlah bayaran diterima RM600. Dibayar pada :
  • April - RM250
  • Mei - RM250

Nota : Semua bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun yang diberi pada akhir April.

Cara Memohon BTN

1. Jika anda adalah penerima Bantuan Sara Hidup ( BSH ) - TIDAK PERLU memohon / mengemukakan permohonan baru.

2. Jika anda adalah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDN - TIDAK PERLU memohon / mengemukakan permohonan baru.

3. Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1.4.2020. Semakan status boleh dibuat diportal rasmi LHDNM - www.hasil.gov.my

Macam mana Nak Menyemak Status Permohonan BPN?

Penerima yang layak boleh buat semakan mulai 1.4.2020. Data BPN adalah berdasarkan :

  •  Untuk B40, senarai penerima BSH  yang diluluskan
  •  Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan BPN

Anda boleh buat ' semakan status ' melalui pautan berikut :

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH)
https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia
https://www.treasury.gov.my

Gunakan wang yang diberikan oleh kerajaan dengan bijak. Inilah masanya untuk kita membalas segala kemudahan yang diberikan kepada kita semasa wabak #COVID19 ini. Belilah barangan buatan Malaysia, melanconglah di dalam Malaysia. Dengan ini kita akan merancakkan kembali aliran tunai dalam negara seterusnya membantu memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang kini masuk ke Fasa II 1hb - 14hb April 2020.

Stay At Home. Together We Can Break The Chain Covid-19

Update : Bayaran BSH akan mula dikreditkan pada Isnin 6hb April 2020

Baca juga :

Kronologi COVID-19 di Malaysia

Doa Mohon Dilindungi Dari Wabak Dan Jangkitan COVID-19


Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah, terima kasih kerajaan. Mengurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kerajaan pimpinan TSMY prihatin dengan nasib rakyat :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)