Cara Mengatasi Kolesterol Yang Tinggi Secara Alami |
Apakah Itu Kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh bagi membolehkan ianya dapat bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolesterol dan juga boleh mendapatkannya dari sumber makanan.
Sumber Kolesterol
Selain tubuh boleh menghasilkan kolesterol sendiri, ianya juga boleh diperolehi dari produk haiwan seperti :
- Daging
- Produk tenusu
- Telur
Tugas Penting Kolesterol
Kolesterol penting bagi tubuh untuk menghasilkan :
- Sel-sel membran
- Hempedu
- Sesetengah hormon
- Vitamin D
Fungsi Kolesterol
Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol 'baik ( HDL ) dan kolesterol 'jahat' ( LDL )
Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu kolesterol 'baik ( HDL ) dan kolesterol 'jahat' ( LDL )
- Kolesterol baik @ high density lipoprotein ( HDL ) berperanan membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudian mengeluarkannya dari tubuh.
- Kolestreol jahat @ low density lipoprotein ( LDL ) boleh menyebabkan pengenapan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah
Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah |
- Jumlah Kolesterol tidak boleh melebihi 5.2mg/dL
- Bacaan untuk LDL boleh tidak melebihi 2.6mg/dL
- Bacaan untuk HDL boleh tidak kurang 1.0mg/dL
Cara Mengatasi Kolesterol Yang tinggi
Lazimnya kita boleh mengawal kadar kolesterol dengan mengubah cara hidup dan mengamalkan diet harian yang sihat.
1. Mengelakkan makanan lemak trans
Kentang goreng memang sedap namun ianya mengandungi asid lemak trans yang tinggi. Begitu juga marjerin dan snek-snek ringan.
2. Menghadkan pengambilan makanan lemak tepu
Lemak tepu paling tinggi datang dari haiwan dan makanan yang berasaskan haiwan seperti mentega, susu penuh krim, keju, mayonis,lemak daging dan sebagainya.
3. Meningkatkan pengambilan serat terutamanya serat larut
Serat larut mampu mengurangkan penyerapan kolesterol di dalam darah. Antara contoh serat larut adalah oats dan kekacang serta buah-buahan seperti epal dan pear
4. Bersenam
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berlari adalah bagus untuk kesihatan jantung. Cuba amalkan selama 30minit 5 kali seminggu
5. Berhenti merokok
Kesan dari berhenti merokok dapat dilihat serta merta. Dalam 20minit anda berhenti merokok, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan turun.
6. Mengurangkan pengambilan alkohol
Pengambilan alkohol selalu dikaitkan dengan kadar HDL yang tinggi. Mengikut saranan pakar perubatan, bagi wanita semua peringkat umur dan lelaki berusia 65 tahun ke atas, hanya dibolehkan satu gelas alkohol sehari. Manakala bagi lelaki berusia 65 tahun ke bawah, mereka boleh mengambil 2 gelas alkohol sehari.
7. Buat Pemeriksaan Secara Rutin
Bagi memastikan tahap kolesterol anda berada pada tahap terkawal, lakukan pemeriksaan kolesterol secara rutin di hospital yang berdekatan. Ini perlu bagi memastikan ianya dapat dirawat pada peringkat awal.
Cadangan Set Kolesterol Shaklee
Set Basic
Omega Guard
- Minyak ikan yang terkandung dalam Omegaguard Shaklee diperlukan untuk kesihatan jantung
- Mempertingkat paras kolestrol ‘baik’ dalam pembuluh darah
- Menyahkan kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan
- Menurunkan paras kolestrol ‘jahat’Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul
Phytocol ST
- Supplemen yang kaya dengan fisoterol, berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.
- Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol ' jahat' ( LDL ) yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan.
- Pengambilan 2000mh fisoterol sehari telah terbukti secara klinikal di dalam lebih 80 kajian dapat menurunkan paras kolesterol 'jahat' ( LDL ) sebanyak 10-15%
Jika korang ingin turunkan kolesterol dengan Set Kolesterol Shaklee ( Basic ) , atau produk Shaklee yang lain atau ingin mendaftar keahlian Shaklee untuk nikmati kelebihan sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi kak shima di 0122043175 atau klik saja ikon whatsapp di sebelah kiri bio :)
5 Comments
Tq for sharing
ReplyDeleteUr welcem dear :)
Deleteperkongsian yang sangat bagus
ReplyDeletealhamdulillah :)
Good sharing...tq ye.
ReplyDeletesaya test kolesterol in apotek but tak kasih obat penurun
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen blog kak shima. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul nanti :)